Feb 042013
 

Ntah macam mana katak ni boleh masuk dalam kereta seorang guru ni. Sehinggakan guru ni maut dalam satu kemalangan kerana terkejut bila katak ni muncul dalam kereta semasa beliau sedang memandu.

guru maut kemalangan kerana katak dalam kereta

Diharap siapa-siapa yang ada kereta tu, cek dulu ada binatang ke tak. Dan pastikan ruang dalam kereta tu bersih untuk elakkan makhluk lain datang menumpang.

_ _ _ _ _

Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

LIHAT JUGA:  (2 Gambar) Kereta Toyota Vios Terbang Di Mersing, Johor

guru maut kemalangan katak dalam kereta

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.

guru maut kemalangan kerana terkejut katak dalam kereta

Sumber via Harian Metro

(Visited 55 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK