Feb 082013
 

Dah mohon BR1M 2.0 yang terbaru ni? Kalau belum isi borang permohonan secepat mungkin sebelum 15 Mac dan ikuti cara semak status BRiM di bawah. Semakan boleh dibuat melalui 3 cara.

Cara Semak Status Permohonan BR1M semakan brim

Sedikit fakta tentang bantuan ini:

  • BR1M 2.0 nama panjangnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0
  • Dilancarkan oleh Perdana Menteri pada awal bulan Februari 2013
  • Kata Perdana Menteri, BRiM 2.0 ini akan diagih-agihkan selewat-lewatnya akhir bulan Februari 2013.
  • RM500 untuk Pemohon Berkeluarga
  • RM250 untuk Pemohon Bujang

Boleh daftar Online DI SINI atau; download borang permohonan DI SINI dan isi sepenuhnya untuk dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Tarikh untuk memohon telah dilanjutkan sehingga 15 Mac depan.

Selepas memohon anda bolehlah menyemak status permohonan sama ada lulus atau gagal. Berikut adalah cara untuk membuat semakan: 

1. Secara Online

Dimaklumkan semakan secara online akan dikemaskini dalam Bulan Februari atau anda boleh hantar email pertanyaan status korang ke belanjawan2013@treasury.com.my.

2. Secara Pos

Semua pemohon BR1M 2.0 akan menerima surat pengesahan status dan sekiranya lulus, mereka akan memaklumkan sekali tarikh dan  tempat majlis penyerahan Baucar BR1M 2.0 tersebut akan diadakan.

3. Melalui Talian Hotline

Pemohon BR1M 2.0 boleh menelefon ke talian Hotline iaitu 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 bermula 11hb Februari 2013. Talian Hotline ini akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Semoga bermanfaat!