Feb 242013
 

Zaman sekarang ni ilmu hitam dan jampi masih lagi wujud. Sebab tu masih ada tanda seseorang tu terkena sihir cinta atau ilmu pengasih.

Artikel Tanda Seseorang Terkena Sihir Cinta pengasih

Tapi apakah tanda-tanda tersebut? Bacalah artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas: 

Tentang sihir cinta atau ilmu pengasih:
  • Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan nak kahwin. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Perkahwinan tiba-tiba dibatalkan kerana suka orang lain, tiba-tiba malas melayan suami/isteri.
  • Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan atau mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dengan berita dalam newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu. keluarlah minyak jadi minyak dagu. Nauzubillah…
  • Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa atau di baju mangsa dan ada juga dicalit di baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yang tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari Facebook (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)
  • Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat-ayat Quran kat perfume atau air (ia akan jadi syifa’) dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi orang disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa tak perasan dia disihir, selalu orang sekeliling perasan perubahan tingkah laku. Cepat-cepat dapatkan rawatan.

Artikel Tanda Seseorang Terkena Sihir Cinta pengasih

Rawatan:

Silalah baca:

–> Ayat kursi
–> Surah 3 kul
–> Surah Yunus: 81-82
–> Surah Al-A’raf: 117 – 122
–> Surah Taha: 69
Selepas itu tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki. InsyaAllah berkesan..

Cara Elak Sihir:
  • Jaga solat, jaga akidah
  • Lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi
  • Jangan jumpa bomoh (sebaliknya jumpalah pakar perubatan Islam yang sah). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solatnya tak diterima 40 hari 40 malam
Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :
  • Minta nama ibu
  • Minta barang/pakaian pesakit
  • Minta ayam/binatang nak sembelih
  • Baca jampi yang kita tak faham
  • Memberikan tangkal
  • Dia memakai tangkal
  • Suruh tanam ‘barang’ untuk pendinding rumah
  • Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita
  •  Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri)..

Semoga bermanfaat!

Comments

  1. sahara aban says:

    Dahulunya saya memang tidak percayakan hantu dan sebagainya sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit hampir setahun. Setelah itu barulah saya sedar bahayanya manusia lemah semangat ternampak2 mahluk halus kerana boleh menjejas kesihatan dan perlukan rawatan sampingan (alternatif). Bermula dari histeria di kilang tempatnya bekerja, pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung. Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi sedangkan asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah kami ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan membantu sesame neter supaya tidak tertipu dengan pelbagai bomoh hari ini yang sebahagiannya hanya mementingkan material semata. sempat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dan paparkan dalam : http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau.
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    1. fadzly says:

      Boleh saya dapatkn no telefon ustaz tersebut. Isteri saya mengalami gangguan saka

  2. faizul badri says:

    Salam…kalau untuk elak sihir dan pendinding, boleh juga berikhtiar guna kasturi syifa. InsyaAllah.
    http://www.muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi
    Kita berikhtiar, tuhan yg menentukan segalanya…..

  3. bulan bintang says:

    Assalamualaikum .. org Ada ckp sya terkena minyak penunduk .. minyak cenuai .. sya takot sampai sya jmpa seseorg yg dapat melihat APA yg berlaku sya memberi nama penuh pasangan sya .. pakcik ni mengata kan btol pasangan sya skang sudah calit minyak dkt sya .. sya terus takot .. hati sya syg Sgt2 pada pasangan sya skunk.. padahal dulu kami dulu xley jmpa .. Ada ja nak mencarot Dan bergadoh .. tp skang kami syg menyayangi .. nampak Sgt dia syg sya mghargai sya .. tp pelik kenapa perlu dia membuat begitu pada sya ..