Jan 302013
 

Hari ni heboh di facebook tentang kontroversi drama Sahara di Astro Prima yang dikatakan menghina imej wanita Islam yang berpurdah atau berniqab. Dikatakan drama tersebut tidak menggambarkan imej wanita berpurdah atau berniqab sebenar.

 kontroversi drama sahara astro prima hina imej wanita berniqab

Apa yang menaikkan kemarahan ialah salah satu adegan dalam video promo drama itu di Youtube (telah dipadamkan) yang memaparkan pelakon wanita yang berniqab tersebut bersentuhan dengan pelakon lelaki tersebut.

Saya telah lama menonton drama Sahara ini. Ianya mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja di sebuah sekolah agama/madrasah. Memang banyak diselitkan mesej agama disamping penyampaiannya dan jalan cerita yang kelakar.

Tapi satu perkara yang saya lihat agak pelik adalah bila seorang pelajar lelaki atau watak utama tersebut dilihat asyik mengejar cinta wanita berniqab itu sehingga dilihat terlalu fanatik dengan mengikut atau mendekati wanita tersebut jika terjumpa. Adakah dia tidak tahu menghormati seorang wanita yang berniqab?

Perlu diingatkan bahawa tak semua pelakon bertudung itu adalah sememangnya bertudung.

Tapi dengan kontroversi drama Sahara ini, ianya dilihat lebih berat kerana yang ditampilkan adalah imej wanita berniqab. Ditamabah pula dengan adegan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Seorang penonton video promo di Youtube menegur cara pemakaian niqab dalam drama tersebut dan juga pergaulan yang diketengahkan dalam drama tersebut yang agak salah.

kontroversi drama sahara astro prima hina wanita berniqab

Tak dapat dipastikan samada scene bersentuhan dalam video promo tersebut adalah scene ‘kemalangan’ atau pun scene yang menggambarkan percintaan wanita berniqab. Tapi seboleh-bolehnya pengarah perlulah menjaga sensitiviti dan imej wanita berniqab kerana ia melambang imej Islam.

 

**Video diatas mungkin akan dipadamkan dari Youtube**

 

Dan tak dapat dipastikan adakah yang menghentam tersebut hanya menilai dari video promo atau dari keseluruhan drama tersebut. Jika video promo tersebut hanya ingin mengenengahkan isu percintaan wanita berniqab maka amatlah rugi kerana ada banyak lagi mesej islamik dalam cerita tersebut yang tidak diketengahkan.

kontroversi drama sahara astro prime hina imej wanita berniqab

Contohilah filem-filem dan drama-drama islamik dari Indonesia yang sememangnya berteraskan sastera Islam dan dakwah dalam seni. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Fikir-fikirkanlah..

drama sahara astro prima hina islam

Pendapat dari saudara Muhammad Rusydi (Syabab Musafir Kasih):

Sahara: sebuah drama bersiri terbitan Astro. Sebuah drama tipikal cinta Islamik yang berlangsung sekitar sekolah agama atau pesantren yang tak macam pesantren pun. Watak utama adalah gadis berpurdah sebagai retorikal dari kejayaan filem-filem Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta, drama terbaru Melayu “Warkah Cinta”, dan lain-lain lagi. Tapi cerita ni lebih kurang drama Qalesya yang dibintangi Elfira Loy dulu-dulu, cumanya watak dalam drama SAHARA ni adalah watak orang-orang dewasa yang bercinta. Juga merupakan kesinambungan filem 7 Petala Cinta yang epic failed pada tahun terdahulu.Dengan kata lain, drama ini cuma cedokan dari film indonesia dan drama-drama lain yang sedia ada. Cuma berbeza pada pelakon-pelakon sahaja. Apabila pengarahnya kurang kefahaman tentang Islam dan cara menyampaikan tanpa merujuk pada ustaz-ustaz yang bijak pandai dalam hukum-hakam, maka terhasillah drama sebegini yang ada ‘kebocoran’ dan ‘kelompangan’ di sini sana.

Apapun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Baguslah untuk dakwah. Tapi caranya tidak berapa kena. Untuk bab cara ini, drama Warkah Cinta oleh Ustaz Ubaidillah Alias lebih baik jika dibuat perbandingan walaupun drama tersebut skripnya kaku dan pelakonnya tidak ‘hidup’, kerana dalam drama WC ada batasan-batasan yang tidak dilangkah oleh pengarah dan lebih menjaga imej Islam. Ada konsep tadarruj di situ.

Saya tidak mahu mengkritik, cuma menuliskan kembali sinopsis dari Episod 1 hingga 10 sahaja untuk dinilai. Actually, bukan semua scenes tu teruk. Ada pro dan kontranya. Ada yang baik, ada yang tak baik. Seperti yang saya kata tadi, cuma cara persembahannya sahaja tidak kena dengan tatacara syarak yang menyebabkan secara tidak langsung mencemarkan imej Islam, sekolah agama/pondok/pesantren, imej wanita berpurdah, imej ustaz-ustazah dan seterusnya imej masyarakat Islam. Ya lah, nanti orang bukan Islam tengok mereka akan kata, “Macam ni ke gambaran Islam? Teruknya.”

[Sahara Ep.1]:

Tipikal cerita. Watak Izlan sebagai pemuda maksiat, playboy, loaded yang akhirnya berkenan pada Sahara si purdah, anak pemilik sekolah agama.

Scene dalam episod ni:
– Scena Sahara tersadung, kemudian cepat-cepat disambar hero siap pegang tangan. Tak tahannya lama gak tempoh duk macam tu.
– Pengenalan watak2 yang broken akhlak yang then akan dimasukkan ke sekolah agama. Bukan sekolah pondok. Macam sekolah agama swasta seliaan sendiri.
– Scene Izlan ke sekolah agama mengendap Sahara buka purdah pada calon2 lelaki (tiga orang) yang mahu meminangnya dan kagum dengan kecantikannya lalu jatuh hati. Tak tahulah sama ada tunjukkan wajah depan-depan ramai lelaki itu memang cara Islam atau tidak walaupun ditemani ayahnya.
– Izlan nak masuk sekolah agama sebab cintakan Sahara.

[Sahara Ep.2]: Watak hero masuk sekolah agama.

Kepincangan dalam episod ni: Berkumpul lelaki dan perempuan tanpa tirai. Ustaz dan ustazah boleh pula duduk dekat-dekat sekali. Terlalu banyak ruang pelajar lelaki dan perempuan boleh bertemu secara bebas dalam sekolah agama.

[Sahara Ep.3]:

Kepincangan dalam episod ini: Macam tak ada ustaz je untuk memantau pelajar lelaki. Mungkin watak ustaz belum ditonjolkan di episod ini. Kelihatan si ustazah sahaja yang sibuk kawal pelajar. Watak ustazah pun pakai tudung sanggul tinggi untuk episod awal-awal ni (mungkin baru permulaan siri, cuz next episod nampak lebih better), tak tudung labuh pun. Pelajar-pelajar perempuan pun seperti tak ada etika berpakaian. Pakai ikut suka sahaja. Bebas. Sepatutnya di sekolah agama, etika berpakaiannya lebih strict. No more tudung lycra melekap. Tudung ekspress juga yang jadi pilihan style dalam drama ni. Then, watak Sahara pun pakai purdah macam nak tutup tanak tutup je sebab batang hidung dia nampak 80% serta purdahnya kainnya nipis.

Ada lagi adegan tak munasabah, si hero pergi tempat heroin tengah sidai pakaian. Terbuka purdah dia. Berpaling tengok pada hero tanpa sedar purdah terbuka. Ada ke boleh tak tersedar purdah terbuka? Tudung pun berbekas sanggul juga cuz tudung tu jenis kain licin. Menampakkan kegatalan watak hero. “Biarlah saya dapat tengok mata dan muka.”

[Sahara Ep.4]:

Episod ni counter balik episod sebelumnya bila pemilik sekolah mula membangkitkan soal disiplin dan peraturan sekolah agama. Menerangkan bahawasanya menjadi kesalahan besar masuk asrama puteri.

Scene yg berlaku dalam episod ni:-
– scene tarik purdah kasi nampak muka heroin (kena buli)
– scene ustaz ajar tentang al-Quran yang terkandung segalanya di dalamnya. Ilmu sains hanya menghuraikan isi al-Quran.
– kes pertemuan hero dan heroin yg jadi fitnah lalu dibawa berjumpa pengetua sekolah utk diambil tindakan disiplin.
– kes hero naik ke tiang menara speaker azan dan laungkan ucapan I love you pada depan semua orang and tanak turun selagi Sahara tak bagi jawapan utk luahan cinta dia. Ah bodoh semua ni. Scene ni kalau tengok memang memalukan sebab macam cerita Bollywood plak.

LIHAT JUGA:  (Video) Makcik Basuh Baju Guna Detergen Pakatan, Buang Detergen BN? Woo. Ada Gak Iklan Camni...

[Sahara Ep.5]:

Episod ni lak, bolehlah anda tengok lagi muka Sahara tanpa purdah. Scene dalam episod ni:-

– scene pelajar nama Mubarak (watak alim-alim kucing yang sentiasa bawa tasbih) duduk bersebelahan Balkis pelajar perempuan santai sahaja dalam sekolah agama berborak-borak berdua-duaan. Tapi apa nak hairan dan tak boleh kondem, sebab watak Balkis adalah watak perempuan yang masih tak tahu apa-apa tentang agama. Tapi Mubarak kan tahu benda tu tak baik, why dia tak buat juga?
– scene Balkis qasidah pakai kompang. Balkis gadis rock yang jahil agama guna kompang untuk mainkan lagu rock, boleh pula geng-geng qasidah yang tak jahil ikut je rentak dia siap tolong tepukkan kompang. Then, ustazah dia datang marah. Kenapa ditunjukkan macam senang betul org yang dah belajar agama terpengaruh dengan orang jahil?

[Sahara Ep.6]:

– scene Izlan watak hero belajar solat dan mengaji al-Quran dari budak kecik nama Amir.
– scene Sahara jatuh lubang buatan seteru dalam sekolah yang telah mencederakan dia, pengsan dalam tu.
– scene Izlan kena fitnah mencuri then kes kecurian tu solve akhirnya. Hero bebas fitnah.
– Sahara dijumpai kakinya sahaja cedera.
– Balkis jadi baik. Mula pakai elok2 Sahara yang perbetulkan pemakaiannya.

[Sahara Ep.7]:

Pro:
– scene Badrol tolong kumpul tahi lembu dan akhirnya boleh jual untuk baja. Pengajaran yg menginsafkan buat Badrol yang suka mencuri dan mula faham kesusahan cari duit.
– scene Balkis mulai positif dalam perubahan pemakaian.
– scene Izlan si hero belajar wudhuk dari poster pengambilan wudhuk. belajar sendiri cara solat dan boleh solat dah.

Kepincangan:
– Sahara dah tak lagi berpurdah depan Izlan dan orang lain. Bila dipuji Izlan, baru dia cepat-cepat tutup balik.

[Sahara Ep.8]:

– scene Izlan praktis solat sehingga terlupa roti yang dibakar dalam pembakar roti jadi hangus berasap.
– scene Ghazali kawan Izlan kena bola kat muka dia sampai lebam gara2 Mubarak.
– scene Izlan pergi jumpa Sahara di tingkap dapur nak bgtau dia dah ready nak jumpa ayah Sahara, nak buktikan dia dah berjaya solat.
– scene ayah Sahara ajar Izlan tips-tips khusyuk solat.
– scene Izlan pergi jumpa lagi Sahara dekat perpustakaan dan tanya kenapa Sahara pakai purdah.
– scena Bella seteru Sahara yang berpura2 jadi kawan baik Sahara nak bawa Sahara ke klinik untuk ubati kaki Sahara yang belum baik akibat jatuh lubang tempoh hari.

[Sahara Ep.9]:

Kepincangan:
– scene Ghazali kawan Izlan cuba luahkan perasaan pada Balkis dalam perpustakaan. Then tak jadi. Lepas tu Balkis dengan selambanya tarik tangan Ghazali (pegang lengan lapik baju lagi) sebab tak puas hati tatau apa Ghazali nak luah sebenarnya.
– scene Badrol dan seorang pelajar perempuan bercintan-cintun dalam sekolah agama depan-depan orang. Hairan, boleh ke berdua-duaan dengan perempuan dalam sekolah agama? Sebenarnya scene ni untuk tunjuk Badrol rapat ngn pompuan ni just utk curi wallet dia. Sebab Badrol ni kaki pencuri. Episod ni tak insaf lak si Badrol ni.

Episod ni tentang:
– scene Bella bawa Sahara ke klinik dan setelah dapat keputusan X-Ray kaki Sahara, Bella telah menyuruh Sahara tunggu di luar dan dia yang ambil keputusan X-Ray. Kaki Sahara retak teruk dan jika tak operate akan bertambah teruk. Bella tak bgtau Sahara dan rahsiakan utk biarkan Sahara lebih menderita.
– scene Badrol dan Mubarak cubaan menipu dan mencuri di kedai runcit. Badrol curi jajan, Mubarak tumpang makan sekali tanpa peduli halal haram.
– scene pelajaran al-Quran dalam kelas oleh ustazah. Scene Sahara baca Ya Sin.

[Sahara Ep.10]:

– Scene Sahara jumpa Izlan, menangis sebab ayah Sahara dah ada calon terbaik untuk Sahara. Sahara minta Izlan lupakan dia.
– Scene Mubarak jumpa Balkis. Mubarak main-main sumpah dan kata cintakan Balkis. Balkis minta Mubarak tampilkan saksi sebagai bukti Mubarak cinta ikhlas Mubarak terhadapnya. Balkis minta Mubarak tampilkan Ghazali as bukti. Sekarang, Balkis-Ghazali-Badrol. Seorang perempuan di antara dua lelaki. Situasi fitnah walaupun tempat tu ada lagi pelajar-pelajar perempuan lain. Kenapa pelajar lelaki dan perempuan bebas berada di suatu tempat bersama-sama ya? Pelajar agama ni.
– Scene Badrol ngayat pompuan dan duduk bersebelahan berduaan (untuk mencuri lagi) sedangkan ada pelajar2 lelaki lain lalu lalang di situ. Takde siapa pun tegur perbuatan tu salah?
– Scene Izlan akhirnya dipertimbangkan jadi calon menantu ayah Sahara dengan memberikan soalan apakah “Istiqamah” yg perlu dijawab dalam 10 hari.
– Scene Izlan pergi ke Aspuri pompuan untuk pinjam kitab tentang Istiqamah. Pergi senyap2 pada malam hari.
– Scene Izlan gigih cari makna Istiqamah tu apa
– Scene Bella terus nak menjahanamkan Sahara dengan berpura-pura buat baik pada Sahara. Hasratnya biar Sahara lumpuh kaki.
– Scene Ghazali cari cara meluahkan cara cinta pada Balkis dengan yakin.

Episod 11 dan seterusnya saya serahkan pada anda untuk membuat penilaian sebab ceritanya agak bosan dan mendatar. Jujurnya ada isi yang disampaikan, namun oleh kerana tidak kena kaedah dan cara buat kita rasa terganggu untuk meneruskan hasrat menontonnya sampai akhir.

Kepada para pengarah filem dan drama, tolonglah kreatif sikit dalam hasilkan drama dan filem. Tidak semestinya kena buat di sekolah agama barulah dinamakan itu Islamik. Tidak semestinya kena berpurdah barulah dikatakan Islamik. Berfikirlah di luar kotak. Kalau dah tak ada idea sangat, pilihlah novel Islamik yang laris dan bermutu kemudian terjemahkan ke layar perak dan filem dengan mendapatkan khidmat nasihat ilmuwan Islam dan para ustaz untuk menghasilkan sebuah cerita yang betul-betul Islamik.

Kesimpulannya, penonton seperti saya merasa cinta Islamik dalam drama ini akhirnya nampak menjengkelkan.

Sekian.

– Muhammad Rusydi

 

Apa pendapat anda tentang adegan tersebut dan drama ini?

Sumber gambar dari wootmedia.my

(Visited 126 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] (Kontroversi) Drama Sahara Astro Prima Hina Wanita Berniqab? – kontroversi sebuah drama yang kononya ‘islamik’ tetapi dari isinya tidak menggambarkan cara hidup islam sebenar sama ada di sekolah agama ataupun dari segi perhubungan sesama remaja. Betulkah drama islamik di Malaysia sekarang ni langsung tak islamik?? […]

  2. […] Kontroversi drama Sahara Astro Prima nampaknya makin panas kerana dikatakan pengarah dan penerbit drama tersebut bukan Islam. […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK