Dec 032012
 

Pertama kali Ustaz Azhar Idrus berpuisi.

 

video puisi khas syria gaza ustaz azhar idrus

 

Dan puisi khas beliau adalah tentang peperangan yang berlaku di Syria dan Gaza. Agak menyentuh hati: 

 

Derita kita,
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan dikedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa.

Derita mereka,
Apabila anak-anak mereka jadi kubu daripada ditembusi ,
Oleh peluru peluru yanghudi,
Yang merobek mengeluar isi perut anak2 kecil tidak berdosa,
Itulah derita para ibu,
Yang berada di bumi gaza.Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
Belum sempat membeli rantai baru,
Belum sempat menempah siap pakaian baru.

Samakah kita dengan mereka?,
Bumi gaza 2012 menjadi tontonan cerita perang,
Dalam tv setiap umat islam,
Yang jumlah berbilion-bilion.

Wahai Gaza,
Kami saudara kamu,
Seagama dengan mu,
Kami lelaki-lelaki sekuatmu juga,
Kami memohon ampun kepadamu wahai gaza,
Kami memohon ampun kepadamu wahai syria,
Kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami,
Yang hanya kami gune pada hari kemerdekaan.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Bila Undertaker WWE Hormat Dan Salam Dengan Muslim

Minta maaf wahai rakyat palestine,
Syria,
Kami ada tentera,
Tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak-banyak,
Kami hanya menjadi penonton,
Dimana darah-darah anakmu, isteri-isterimu,
Jatuh titisan demi titisan,
Diatas bumi yang suci.

Wahai Gaza,
Walaupun kami tidak dapat pergi,
Dengan jasad,
Terimakanlah roh kami,
Untung bersemadi bersemadi bersama syuada mu,
Wahai syria walau tak sempat untuk berperang bersama mu,
Terimalah nyawa kami utk terus mengkuatkan jasad-jasad kamu,
Melawan segala segala yang jadi musuh Allah.

Wahai Gaza wahai Palestine wahai Syria,
Maafkan kami,
Terimakanlah doa dari kami,
Dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu.
Allauh’alam.

(Visited 30 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK