Dec 112012
 

Anda tak yakin dengan bakal pasangan hidup anda? Bagi menghilang keraguan, bolehlah cuba ikuti tips syarat 5K memilih jodoh dari rasulullah SAW ni.

 

tips 5k pilih pasangan sebelum kahwin dari rasulullah

 

Mungkin berguna untuk menilai bakal pasangan hidup anda. Semoga bermanfaat! 

 

1. Kenal – Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenal = kenali melalui saluran yang betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.

2. Kelas – Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.

3. Kufu – Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.

LIHAT JUGA:  (Artikel) Kenapa Dilarang Gantung Patung Bawah Kereta?

4. Kasih – Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima – keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua-dua dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih cinta dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan atau menerima.

5. Kahwin – Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu…

(Visited 71 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK