Dec 242012
 

Beg Deuter pastinya popular di kalangan pengembara, pelajar kolej dan juga universiti.

 

tips beza beg deuter original dan palsu

 

 

Tapi tahukah anda apakah beza beg Deuter yang original dengan yang palsu? Bolehlah baca tips di bawah untuk lebih jelas lagi tentang perkara ini:

 

Persoalan tentang produk Deuter

1. Di negara manakah sebenarnya kilang deuter beroperasi?

Sebelum tahun 1996, kilang membuat barangan deuter adalah terletak di German. Namun, atas faktor ekonomi dunia telah meningkat, adalah tidak ekonomik untuk memproses barangan deuter di German kerana faktor gaji buruh yang agak tinggi dan kian meningkat. Bernd Kullman, Deuter CEO, telah berkenalan dengan seorang usahawan dari Vietnam iaitu Mr. S.H. Oh, pemilik Duke Trading, di Munich Sport Trade Fair, the ISPO pada tahun 1994. Setelah mengadakan beberapa perbincangan, mereka mendapat persetujuan sebulat suara untuk mendirikan kilang memproses barangan deuter di Vietnam. Pihak pengurusan deuter mengambil langkah bijak dengan memindahkan kilang pemprosesannya di salah sebuah negara membangun di Asia iaitu Vietnam kerana kos operasinya yang lebih ekonomik berbanding kilangnya di German. Kilang deuter di Vietnam dikendalikan oleh Duke Trading milik Mr. Oh yang mana terletak di Saigon mempunyai lebih kurang 2,800 pekerja yang berkemahiran tinggi dalam memproses barangan deuter yang berkualiti. Untuk pengetahuan lanjut, barangan-barangan deuter yang diproses di Vietnam tidak dijual di pasaran tempatan dan ia hanya untuk dieksport ke 45 negara lain. Maka, tidak mustahillah kalau anda pergi ke Vietnam, anda tidak akan menemui barangan deuter yang asli di sana.

 

(Another source: http://www.deuter.com/en_DE/tradition.php )

 

2. Adakah terdapat produk deuter yang diproses di German (made in German)?

Ya. Tetapi, barangan tersebut adalah diproses sebelum tahun 1994 iaitu sebelum kilang deuter berpindah ke Vietnam. Bagi model-model deuter yang terkini, adalah mustahil untuk menemuinya kerana di German, jurutera dan pereka-pereka barangan deuter hanya melakukan research & development dan mencari technology terkini dalam industri pembuatan beg sukan. Rekaan tersebut akan dihantar ke Vietnam untuk diproses iaitu membuat prototaip design yang dikehendaki oleh designer german. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak designer, maka ia seterusnya akan diproses di Vietnam yang mempunyai 32 production line yang mana boleh menyatukan sebanyak 221 komponen yang boleh digunakan untuk membuat produk deuter.

 

tips beza beg deuter original dan palsu

serial number (dilekatkan di bahagian dalam bag)

 

3. Bagaimanakah caranya kita boleh mengenal pasti keaslian barangan deuter?

Ada beberapa faktor yang boleh membantu untuk mengenalpasti keaslian barangan deuter:-

 

tips beza beg deuter original dan palsu

 

(i) Yang pertama ialah melalui Tag dalam setiap barangan deuter. Jika ia adalah asli, tag tersebut tertulis “Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GmbH & Co. KG Germany”. Manakala, jika ia tidak asli, ia akan tertulis “Manufactured in Vietnam under license for deuter sport GmbH German”. Tag deuter asli adalah bewarna putih atau hitam yang ada serial nombor di belakangnya.

 

tips beza beg deuter original dan palsu

 

(ii) Yang keduanya, kita boleh mengenal pasti dengan melihat kepada material atau fabric beg itu sendiri. Deuter yang asli kelihatan lebih berkualiti daripada yang tidak asli. Anda juga boleh melihat perbezaan pada strap dan buckle antara yang asli dengan tidak asli (sila rujuk gambar). Bagi pelanggan yang sudah biasa dengan beg deuter asli, pastinya anda mudah mengenalpasti keasliannya.

 

(iii) Yang ketiga, pastinya setiap barang asli dan tak asli ada perbezaannya terutamanya keselesaan anda apabila menggunakan barangan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan deuter Aircontact 40+10 SL yang asli, anda pasti merasa amat selesa. Manakala, apabila anda menggunakan yang tidak asli, pastinya anda tidak selesa, otot badan anda mudah lenguh dan cepat letih apabila melakukan aktiviti seperti mendaki gunung.

LIHAT JUGA:  (Tips) Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

 

tips beza beg deuter original dan palsu

(iv) Yang keempat adalah ketahanan produk itu sendiri. Seperti yang anda sedia maklum, barangan yang tidak asli pastinya tidak dapat bertahan lama jika dibandingkan dengan barangan asli. Jika anda boleh memiliki barangan deuter yang asli yang mana anda boleh gunakan 15 hingga 20 tahun, kenapa anda perlu membeli barangan deuter yang tidak asli yang hanya boleh digunakan dalam tempoh setahun dua? Tambahan pula, warranti untuk barangan deuter yang asli adalah seumur hidup (lifetime warranty). Menurut statisik yang dikeluarkan oleh Deuter Sport GmbH & Co. KG Germany, syarikat tersebut hanya mendapat aduan kerosakan barangan deuter sebanyak 0.3% daripada keseluruhan barangan keluarannya, itupun aduan untuk barangan yang melebihi 10 tahun umur penggunaannya.

 

tips beza beg deuter asli dan palsu

(v) Yang kelima, dari segi rekabentuk luaran, barangan deuter original jauh berbeza dengan yang tidak asli. Salah satu perbezaannya adalah, kita boleh lihat dari segi embroidery (stitches) untuk logo deuter dan model pada beg tersebut. Sebagai contoh, bagi model aircontact dan selainnya yang asli, logo deuter terletak di kepala beg, manakala jenis model terletak di bahagian bawah. Bagi deuter yang tidak asli, kedua-dua logo deuter dan nama modelnya di jahit di kepala beg (sila rujuk gambar).

 

(vi) Yang keenam, seperti biasa, barangan yang tidak asli adalah jauh lebih murah berbanding dengan yang asli. Bagi deuter Aircontact yang tidak asli, harganya adalah lebih kurang RM150 hingga RM250, manakala harga yang asli adalah sekitar RM650 hingga RM900 (mengikut saiz beg). Memang menjadi lumrah dalam industri pembuatan, harga merupakan strategi utama dalam melariskan barangan-barangan yang ciplak atau tidak asli. Jika tidak, pembeli pasti tidak akan membeli barangan tersebut kerana lebih baik beli yang asli jika harga tidak jauh bezanya.

 

(vii) Dan yang terakhir, untuk memastikan keaslian barangan deuter yang anda ingin beli, anda boleh merujuk di laman web rasmi deuter DISINI. Selain itu, deuter yang asli mempunyai color code nya yang tersendiri seperti 4700 untuk warna granite-fire, 4220 untuk anthracite-moss dan sebagainya. Manakala, yang tidak asli hanya menyatakan warna merah, biru, hitam atau sebagainya.

 

tips beza beg deuter original dan palsu

sos label – dilekatkan pada bahagian dalam (penutup bag)

 

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membeli yang asli atau tidak asli kerana itu hak anda sebagai pembeli. Namun, dengan merujuk kepada fakta-fakta yang dinyatakan di atas, pastinya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak demi kepuasan yang sebenar dan yang lebih bernilai untuk wang anda.

 

tips beza beg deuter original dan palsu

zip berlabel ‘YKK’

 

Kesimpulannya di sini adalah, model soal jawab ini memberikan pengetahuan kepada pembeli tentang kepentingan sesuatu pengetahuan mengenai barangan yang anda beli. Ini bagi mengelakkan anda membeli barangan yang tidak asli sedangkan anda anggap ia adalah asli. Pastinya anda kecewa dan merasa tertipu. Lainlah kalau anda mempunyai pengetahuan itu dan anda tidak kisah membeli barangan deuter yang tidak asli kerana anda sudah tahu tentang perbezaannya dan anda merasa ia bernilai dengan wang anda. Jadi, berhati-hatilah semasa membeli dan tingkatkan pengetahuan demi menjamin hak anda sebagai pembeli supaya tidak mudah tertipu.

 

Artikel ini dikeluarkan di blog Kelab Orang Hutan Malaysia disini

(Visited 2,445 times, 2 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK