Dec 042012
 

Khas untuk peminat durian crepe!

 

resepi durian crepe

 

Bagi yang masih belum mencuba atau ketagih nak makan durian crepe, boleh cuba buat sendiri mengikut resepi mudah dibawah: 

 

BAHAN-BAHANNYA :-

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Isi durian

 

UNTUK FILLING:

1 cawan whipping cream (gunakan brand yg dekat gambar ni, sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap). kalau brand lain, kena letakkan gula agar dia manis…

 

resepi mudah durian crepe

 

 

CARA-CARANYA (Mudah Ajer)

1 : Ambil isi durian dan lenyekkan

2 : Guna stand mixer. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap.

(Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu)

3 : Tapis benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus. Sebab takut kulit crepe tu menggerutu nanti kalau tak tapis.

4 : Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh.

LIHAT JUGA:  (3 Gambar) Poster Nando's Yang Perli Dan Anti KFC. Hehehe...

(Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin atas ni nak buat belah luar).

5 : Lepas masak sekeping crepe ni, alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing.

6 : Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak (belah bawah) ni. Sebab bila lipat, nampak cantik, sebab yang part licin tu dekat atas.

7 : Dah siap. Lawa kan?.. ::.kikiki.:: Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

 

Image via Izah Muffin | cikepal

Artikel ini disiarkan di blog cikepal disini

(Visited 6,247 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK