Dec 122012
 

Kat Malaysia ni tiap-tiap hari mesti boleh dengar bunyi hon kereta.

gambar malaysia horny hon kereta moto kenderaan
Kengkadang tu ribut takde ayam takde, berbunyi ler jugak hon tu.. tapi tiap-tiap bunyi tu ada maknanya yang tersendiri. 

HON PENDEK SEKALI – pemandu akan kata “HAI”

HON PENDEK DUA KALI – pemandu akan kata “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

HON PENDEK TIGA KALI – tu tandanya pemandu tu nak kita cepat sikit sebab kat trafic light korang dok leka pakai mekaplah, betulkan rambutlah, betulkan bajulah, korek hidung lah, korek taik gigilah haha..

HON PANJANG SEKALI – ni sah-sah pemandu nak mampus dan tak tahu nak hormat orang lain. Bawak kereta pun macam pemandu mabuk je.. So better korang ketepi sebelum korang pun di ajak sama-sama ke hospital mahupun ke tanah perkuburan yang berdekatan..

HON PANJANG DUA KALI – ini teruk sikit dari hon atas tu.. Biasanya pemandu ni dah marah tahap kronik dah ni. Memang takleh berubat dah. Pastu dia punya perkataan memang meleleh baik punya..contoh ayat yang kita akan dengar seiring dengan hon kereta tu adalah “WOIII!!!… BANGANG TAKDER OTAK KE??”

LIHAT JUGA:  (Video) Anak Panda Merah Terkejut Tapi Cute

HON PENDEK 4 KALI ATAU LEBIH – untuk kategori ni biasanya pemandu tu akan kata “”TILAM! TILAM! TILAM! TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM! TILAM! TILAM!”

Hahaha jangan marah ar.. lepas ni kalau dengar bunyi hon kenderaan tu better cek dulu entry ni untuk tau apa maksud sebenar yang si HORNY tu cuba sampaikan..Keh keh…

(Visited 60 times, 1 visits today)

Comments

  1. “”TILAM! TILAM! TILAM! TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM! TILAM! TILAM!”

    Dialog macam biasa aku dengar la..Adakah company jual tilam kat umah aq sama company dengan penjual tilam kat umah ko..=)


LIKE KAMI DI FACEBOOK