Dec 112012
 

Erkk. Nampaknya pencuri tin milo dan minuman keras melalui celah kangkang kembali aktif. Wanita yang menjalankan kerja terkutuk tersebut kini diburu polis. Adeh.. Terdesak sangat ke mak cik ni sampai kena mencuri?

 

Berita Wanita Pencuri Tin Milo Celah Kangkang Diburu!

 

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri minuman keras serta Milo bernilai hampir RM900 dari sebuah pasar raya di Jalan 4/1 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada 27 September lalu.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit yang berlagak sebagai pelanggan, datang ke premis berkenaan bersama seorang kanak-kanak dan dua lelaki. 

Bagaimanapun perbuatan wanita itu langsung tidak disedari, sehinggalah pengurus keselamatan premis membuat pemeriksaan tiga hari kemudian dan mendapati beberapa stok barangan hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pengurus itu kemudiannya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis, sebelum menemui rakaman perbuatan licik wanita terbabit.

LIHAT JUGA:  Tengku Sophia Tak Wujud? Atau Satu Konpirasi & Kekeliruan?

“Berdasarkan rakaman, wanita itu mencuri lima karton minuman keras berharga RM828 dan sepeket milo seberat dua kilogram berharga RM32.90.

“Kesemua barangan itu disorokkan dalam kain yang dipakainya, sebelum dibawa keluar dari premis,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau berkata, perkara itu terus dilaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman bagi membantu siasatan.

“Gambar wanita itu kita siarkan di laman Facebook Polis Selangor termasuk media cetak. Kita harap wanita itu juga dapat tampil menyerah diri selepas gambarnya tersiar,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan di Sinar Harian disini.

(Visited 30 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK