Oct 162012
Semalam telah diumumkan tarikh Hari Raya Aidiladha 2012, atau Hari Raya Haji
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Memang seperti yang dijangkakan seperti dalam kalendar. Bagi yang melakukan ibadah korban, Alhamdulillah semoga Allah permurahkan rezeki ke atas anda.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami (^_^)

