Oct 092012
 

Agak terharu bila membaca kisah pendek tentang seorang anak yang kedekut dan si ibu yang pemurah ini.

 

kisah anak yang kedekut dan ibu yang pemurah

 

Semoga ianya membawa pengajaran yang besar buat kita… 

 

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

Seorang anak yang masih kecil mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

 

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

 

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

 

LIHAT JUGA:  (Kisah) 5 Syarat Untuk Buat Maksiat

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

 

_ _ _ _ _ _ _ _

 

Bagi anda yang mempunyai ibu, apa khabar dia di rumah? Sudah lamakah anda tidak berhubung dengannya? Sudah lamakah anda tidak pulang menjenguk ibu di rumah.

 

Ingatlah syurga di bawah tapak kaki ibu. Tanpa restu dia, atau jika terguris hati dia kerana kita, memang sukar untuk kita mencium bau syurga. Bahagiakanlah mereka sebelum terlambat. Jangan jadi anak derhaka, jadilah anak yang berakhlak mulia :)

 

kisah anak kedekut ibu pemurah

*Sedih*

 

Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat untuk anda.

(Visited 64 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK