Oct 112012
Madu memang terkenal dengan kemanisan dan khasiat yang tersendiri.

Ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan disyorkan sendiri dalam perubatan Islam sepertimana ayat di bawah iaitu:
Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. (An-Nahl: Ayat 69)
Sememangnya madu lebah mempunyai banyak khasiat antaranya:
- Dapat mengubati penyakit dalam perut
- Dapat mengubati penyakit medu (gastrik)
- Dapat membuang kekotoran yang terdapat di dalam usus-usus besar atau kecil dalam perut
- Dapat mengubati penyakit KETAGIHAN DADAH - caranya : ambil madu lebah asli + minyak/air bunga mawar yang panas. Buat dalam segelas atau secawan. Minum perlahan-lahan hingga habis.
- Dapat melawaskan pembuangan air besar
- Boleh mencerahkan mata. caranya : sapukan madu pada alis mata atau kening dan biarkan beberapa jam. Basuh seperti biasa
- Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikan sebagai ubat gigi
- Menghilangkan penyakit yang banyak kahak
- Menghilangkan kesan-kesan candu/rokok yang melekat pada bahagian paru-paru
- Mencerdaskan otak kanak-kanak dan dewasa
- Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terkena
- Madu lebah asli juga amat sesuai dengan semua jenis penyakit. Caranya : ambil air suam segelas dan 2 sudu madu lebah asli. Kacau dan minum. Buat sekali sehari saja.
- Jika mengambil madu lebah asli JANGAN SEKALI-KALI MAKAN BUAH TEMBIKAI. Ia mungkin boleh membawa maut
Jadi, kalau ada antara kita yang sakit tu bolehlah cuba madu lebah ni.

