Oct 072012
 

Sebelum ini kami adalah berkongsi tentang 14 lokasi pertama pemasangan kamera had laju AES. Tahukah anda apa itu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)?

 

fakta kamera Had Laju AES jpj

 

Sebenarnya ianya adalah satu sistem kamera had laju yang terbaru dari JPJ. Berikut adalah 10 fakta tentang sistem tersebut: 

 

  • Mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik menggunakan sistem termaju di mana kamera diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya, jalan utama dan persimpangan trafik. Sistem ini terdiri daripada kamera tetap dan kamera mudah alih.
  • Ia merupakan sebuah sistem terbukti, yang kini digunakan di banyak negara termasuk di Perancis, Jerman dan Australia.
  • Sistem ini bukanlah kamera yang tersembunyi! Amaran yang mencukupi dalam bentuk papan tanda akan diletakkan sebelum pengguna jalan raya memasuki zon AES.
  • AES membantu inisiatif penguatkuasaan lalu lintas dengan memastikan kaedah mengesan kesalah yang tepat dan tidak mungkin disalahgunakan serta pengeluaran saman yang cekap dan boleh dipercayai ke alamat-alamat yang dikemas kini.
  • Sistem ini tidak mendiskriminasikan dalam apa jua cara kerana tiada interaksi peribadi antara pesalah trafik dan sistem. AES akan turut mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna semua jenis kenderaan, sama ada persendirian, perdagangan mahupun awam.
  • Kamera-kamera AES ditentukur, disahkan dan diperakui oleh badan-badan yang kompeten dan diberi tanggungjawab (SIRIM Berhad dan MIROS) di makmal serta di lokasi bagi memastikan tahap ketepatan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
  • AES meningkatkan Persepsi untuk ditangkap (POBS). Biasanya persepsi pengguna jalan raya untuk ditangkap di Malaysia adalah 25% pada hari-hari biasa dan meningkat kepada 50% semasa musim perayaan apabila kempen keselamatan jalan raya sedang dilaksanakan. Di negara-negara maju di mana pengguna jalan raya adalah lebih berpengetahuan, tahap persepsi adalah antara 80-90%.
  • Sistem ini boleh mengesan beberapa kenderaan secara serentak yang melakukan kesalahan pada bila-bila masa.
  • Buat masa ini, sistem ini digunakan untuk mengesan mereka yang melebihi had laju dan melanggar lampu merah. Ini merupakan kesalahan trafik yang kerap di jalan raya Malaysia dan merupakan antara punca utama kemalangan jalan raya.
  • Sistem ini adalah demi keselamatan anda. Tujuan utama AES adalah untuk membantu menjadikan jalan raya kita lebih selamat. Ia bukan bertujuan menghukum, tetapi untuk menyelamatkan nyawa dengan mengubah amalan dan tingkah laku pengguna jalan raya.
LIHAT JUGA:  (Gambar) Kesan Buruk Memakai Fake Braces Yang Agak Ngeri

 

[via JPJ portal (AES) ]

 

Yang pasti ianya adalah untuk kebaikan kita agar memandu mengikut undang-undang dan mengelakkan kecelakaan terjadi kepada diri kita atau pengguna jalan raya yang lain.

(Visited 91 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK