Oct 062012
KFC kali ini menampilkan berger terbaru mereka iaitu KFC Zinger Double Down Burger.

Harga bagi hidangan ini adalah RM10.50 untuk hidangan Combo set dan RM8.40 bagi hidangan ala carte. Tadi saya dah gi cuba. Rasanya memang sedap. Oh lupa nak bagitau. Siapa ada kad diskaun 1 siswa tu bolehlah guna untuk setiap pembelian di bawah harga RM20. Guna kad tu tadi dapat ler diskaun dalam 10-20sen.

Dengan isi ayam sebagai pengganti roti menjadikan ianya lebih nikmat dan lebih rasa ayam bagi penggemar ayam khususnya. Dilapisi keju dan kepingan ayam dan sos mayonis menjadikan rasanya memang awesome.

Bagi yang nak cuba boleh terjah restoran KFC yang berdekatan.

Bon apetite (^_^)

