Pasti ramai rakyat Malaysia yang mencari tips dan cara untuk bakar kalori yang berlebihan kerana ingin hidup sihat serta kurus tanpa obesiti.

Dibawah ini terdapat 10 cara untuk membakar kalori. Boleh catatkan dan tampal di peti sejuk supaya boleh diamalkan setiap hari
1. Minum Teh Hijau
Teh hijau mempunyai anti-oksida yang tinggi menyebabkan kadar pembakaran kalori lebih tinggi jika diminum.

**Sebaiknya diminum dengan perahan lemon dan bukan dengan gula.
2. Menambah cili atau lada hitam
Menambah beberapa lada hitam ke dalam makanan adalah cara yang cepat untuk membakar kalori. Kandungan cili atau lada hitam akan menyebabkan tubuh mula untuk menggunakan lebih tenaga untuk pemanasan dan meningkatkan kadar pembakaran kalori.

Sebab itulah kita berpeluh selepas memakan makanan yang pedas.
3. Tingkatkan pengambilan protein
Salah satu cara yang cepat untuk meningkatkan pembakaran kalori adalah dengan meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Dengan pengambilan protein yang tinggi, tubuh akan menggunakan lebih kalori untuk menghadamkan protein. Sebab itulah sekarang ini banyak produk menguruskan badan berasaskan protein.
.png)
**Bagi setiap 100 kalori yang anda makan, tubuh hanya mengambil 75 kalori untuk tenaga. Selebihnya akan menyebabkan anda menjadi gemuk..
4. Ambil Karbohidrat Secara Sederhana
Jika diet, jangan tinggalkan karbohidrat anda. Ketiadaan karbohidrat akan menyebabkan kadar metabolism berkurang. Sebaiknya boleh cuti diet pada hujung minggu dan makanlah nasi atau makan karbohidrat lain untuk seimbangkan kadar metabolism anda. Tapi awas, jangan kerana cuti anda nak makan sampai tak ingat dunia.
5. Bangun dan bersenam!
Duduk sepanjang hari akan menyebabkan kadar metabolism anda semakin berkurang. Cubalah untuk bergerak, pergi berjalan-jalan sekitar shopping complex atau lebih baik pergi bersenam jika mempunyai masa.
.jpg)
Dengan bersenam atau bergerak, anda mampu membakar sehingga 200 kalori dalam sehari.
6. Senaman pendek
Setiap kali ada masa lapang, baring dan lakukan senaman ringan dengan kiraan 20 kali sama ada pumping, crunch, angkat berat atau sit-up. Pelbagaikan lagi senaman anda.
.jpg)
Bagi yang mempunyai smartphone, boleh download apps ‘exercise coach’ untuk membantu senaman pendek anda. (Rugilah kerajaan bagi rebat RM200 untuk smartphone tapi anda tak gunakan sebaiknya. Keh keh..)
7. Bersukan!
Apa ajak rakan sepejabat atau sekuliah anda untuk bersukan seperti bermain badminton, futsal atau bermain ping-pong. Selain membakar kalori, ianya bagus untuk menghilang stress anda dan meningkatkan kekuatan otot.
8. Tidur yang cukup
Kurang tidur menyebabkan kadar metabolism semakin berkurang. Utamakan masa tidur anda. Bagi yang dewasa sebaiknya tidur 6-8 jam sehari.

Tidur yang cukup akan meningkatkan kadar penggunaan glukosa dan seterusnya mengurangkan kadar kenaikan lemak dalam tubuh.
9. Membaca lebih baik dari menonton TV
Tahukah anda aktiviti membaca mampu membakar kalori kerana otak akan sentiasa bekerja untuk berfikir. Lebih baik dari menonton TV kerana otak tidak berfikir dan sentiasa berehat semasa menonton TV.

Disebabkan otak menggunakan glukosa, tubuh akan membakar lebih karbohidrat semasa anda membaca berbanding semasa anda menonton TV pada lewat malam.
10. Cuti diet
Diet yang berterusan tanpa cuti akan menyebabkan tubuh menjadi stress dan mengurangkan tahap pembakaran kalori. Ambil cuti sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali. Jangan paksa diri.

Dua hari anda makan makanan berkalori akan segera membantu menterbalikkan metabolisme lembap yang terhasil dan membantu anda membakar lebih banyak jumlah kalori pada masa akan datang.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, bolehlah share dengan rakan anda. Amalkan hidup sihat tanpa penyakit.


terbaiklah tips ni…. toche toche…hehe
thnx for the tips… nice one ^__^
good tips…sedang ber-workout…