Sep 212012
 

Sebuah lagi drama baru ‘Runtun Qalbu’ akan mengisi slot Zehra TV3 setiap Jumaat jam 9 malam. Sinopsis dan barisan pelakon drama ini agak menarik untuk ditonton.

 

poster sinopsis pelakon drama runtun qalbu slot zehra tv3

 

Antara pelakon yang terlibat adalah: 

  • Kamal Adli sebagai Qalbu
  • Fasha Sandha sebagai Idayu
  • Shah Iskandar sebagai Kelabu
  • Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah
  • Shukri Yahya sebagai Bon
  • Reen Rahim sebagai Amy
  • Kaza sebagai Zaidi
  • Razak Ahmad sebagai Imam Musa
  • Rosnah Johari sebagai Rahimah
  • dan Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah

 

Dan berikut adalah sinopsis drama tersebut:

 

Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

 

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

 

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida) dan akhirnya membuatkan Qalbu minat padanya.

 

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

 

Apakah Qalbu mampu bebas dari masa silamnya? Apakah kesudahan perkenalan Qalbu dan ustazah Fatihah? Apakah cinta Idayu akan terbalas? Saksikan kesudahan cerita ini bermula 21 September depan dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.

 

LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Surat Dari Langit Biru - Slot Samarinda TV3

 

Sebelum tu boleh tonton video promo di bawah:

 

 

 

 

 

 

 


Semoga terhibur! (^_^)

(Visited 57 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK