Sep 092012
 

Agak menakutkan kisah benar seorang lelaki cina dan keluarganya yang dirompak oleh mat rempit di sebuah stesen minyak ni.

 

Kisah Benar Dirompak Mat Rempit Stesen Minyak

 

Semoga dapat menjadi pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati terutamanya selepas tengah malam.

 

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

Pada Jumaat lepas (3/8/12), kami baru saja selesai menghadiri perjumpaan gereja dan latihan muzik. Biasanya program ini berakhir lewat malam dan semasa kami berhenti makan, jam sudah melepasi tengah malam. 

 

Semasa memandu pulang, kami berhenti di sebuah stesen minyak Petronas KESAS (berdekatan Proton) pada jam 1.15am, pagi Sabtu (4/8/2012). Garret berada di kerusi pemandu dan Nick berada di kerusi sebelah pemandu. Isteri saya Bessie telah tidur dikerusi belakang. Saya telah keluar dari kereta tersebut untuk mengisi minyak.

 

Tiba-tiba, 4 motosikal tiba dengan kesemua 8 penunggang tersebut memakai visor yang menutup wajah mereka. Tiada kereta lain di situ. Pekerja stesen minyak berada di dalam bangunan dan mereka sememangnya mengunci diri mereka di dalam. Saya tahu sesuatu akan berlaku dan ternampak salah seorang dari mereka mengeluarkan senjata dari beg yang dipakai. Kerana kerap juga terdengar berita penyerang bersenjata, saya segera berlari ke belakang bangunan stesen Petronas tersebut. Semasa saya berlari, saya membuang dompet ke atas tanah supaya mereka tidak mengikuti saya. Cara ini berkesan.

 

Salah seorang penyerang cuba untuk membuka pintu depan kereta tersebut. Garret lantas bertindak dengan memecut kereta tersebut ke sebelah stesen minyak sebelah iaitu Petron. Penyerang tersebut mengikuti kereta tersebut yang beberapa kali dipandu sekitar stesen minyak tersebut. Penyerang tersebut nampaknya tidak takut walaupun terdapat dua kereta lain di situ.

 

Beberapa minit kemudian, saya ternampak penyerang-penyerang tersebut meninggalkan stesen Petronas tersebut, dan saya keluar dari tempat saya bersembunyi. Ternyata saya tersilap langkah kerana mat rempit tersebut kembali dan engejar saya dengan motosikal mereka, memukul saya sehingga saya terjatuh. Akibatnya saya sukar berlari dan bahu kiri  saya cedera. Mereka mengambil telefon bimbit saya dan masih lagi mencari dompet saya. Saya memberitahu mereka bahawa saya telah memberikan kepada mereka. Nasib baik mereka tidak lagi memukul saya selepas itu.

LIHAT JUGA:  (10 Gambar) Kebakaran di SMK Tengku Suleiman, Perlis

 

Akhirnya, penyerang tersebut tidak lagi mengikut kereta yang dipandu Garret. Nicholas sibuk membunyikan hon untuk mendapatkan perhatian dua kereta lain di stesen minyak tersebut. Garret memandu kembali ke Stesen Minyak Petronas untuk mencari saya dan mereka menjumpai saya terduduk di sebelah pam minyak. Isteri saya berkata saya kelihatan terkejut. Kami segera ke klinik 24 jam untuk mendapatkan rawatan.

 

Bahu saya telah terkehel dan bebola serta soket untuk sambungan bahu telah pecah. Saya terpaksa dibedah di UMSC pada hari Rabu (8/8/2012). Mereka menggantikan bebola di bahu dengan implan besi. Saya akhirnya direhatkan selama 6 minggu dan selepas itu 6 minggu fisioterapi.

 

Keseluruhannya, saya bersyukur kepada tuhan kerana isteri dan 2 orang anak saya terselamat dari kejadian tersebut dan saya tidak mengalai kecederaan yang teruk. Dari apa yang saya dengar dari orang lain, kejadian tersebut mungkin boleh menjadi lebih teruk. Saya hanya kehilangan IC, lesen memandu, kad Visa, kad Amex, kad ATM, telefon bimbit Nokia dan RM550. Kesemua ini adalah mudah untuk digantikan.

 

Pengajaran dan nasihat kepada orang ramai.

 

  • Jangan mengisi minyak atau mengeluarkan wang dari mesin ATM pada lewat tengah malam terutamanya stesen minyak atau kawan yang sunyi/kurang kenderaan. Jika penyerang muncul, anda mungkin tiada pertolongan dari sesiapa. Pekerja pam yang mengunci diri di dalam bangunan dan pemandu kenderaan lain mungkin tidak akan keluar untuk membantu anda kerana mereka juga ketakutan seperti anda.

  • Jika anda sedar sekumpulan penunggang motosikal atau mat rempit datang dan mereka semua memakai visor gelap, berhenti pam minyak dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta anda. Jika anda berada di luar kenderaan anda, anda tiada peluang untuk melepaskan diri. CCTV di stesen minyak adalah sebab kenapa mereka memakai visor gelap semasa melakukan jenayah.

  • Jika ada terpaksa mengisi minyak pada waktu malam, pergilah ke stesen minyak yang sibuk dan dipenuhi orang ramai.

 

[ Dialih-bahasa dari SUMBER ]

 

Semoga bermanfaat dan berhati-hatilah…

(Visited 36 times, 1 visits today)

Comments

  1. djdanchef says:

    semoga menjadi pengajaran.. baca entri ni trus pula takut nak isi minyak malam2, kna isi awal2 sbelum lewat malam..hehe

  2. Epoi Lan says:

    Ceh memalitkan nama buruk kpd mat rempit2 yg beriman dan tawaduk je.


LIKE KAMI DI FACEBOOK