Sep 092012
 

Dulu, kami ada berkongsi tips pilih buah durian yang terbaik semasa membeli. Tapi, jarang antara kita tahu 10 fakta tentang durian ni.

 

fakta buah durian

 

 

Semestinya ada yang suka makan durian dan ada gak yang tak suka disebabkan beberapa faktor seperti ‘bau’ dan ‘panas’. Yang penting ada banyak rahsia buah ini antaranya: 

 

1 – Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50 kcal. Tidaklah tinggi sangat.

 

2 – Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.

 

3- Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus

 

4 – Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

 

5 – Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.

LIHAT JUGA:  (Artikel) Perkongsian Kapten Nik Ahmad Huzlan Tentang MH370 Yang Hilang

 

6 – Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.

 

7 – Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)

 

8 – Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

 

9 – Kurangkan stress? Mungkin betul tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

 

10 – Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala jenis makanan. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat. Sentiasalah amalkan pemakanan yang sihat :)

 

(Visited 89 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Kalau ada masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi elok elak. Walaupun disenaraikan ada khasiat tidak semestinya selamat dimakan.

  2. djdanchef says:

    djchef kalau dapat durian maximum 4biji je makan.. lebih suka pulut durian mmg sedap


LIKE KAMI DI FACEBOOK