Terkejut bila terbaca tentang bro Je Jai atau penulis blog teratakarmo.com yang disahkan menghidap kanser paru-paru peringkat akhir.

Dan Jejai dikatakan memerlukan bantuan kewangan untuk kos rawatan sebelum penyakit tersebut semakin teruk. Blog beliau juga nampaknya dah terbengkalai.
_ _ _
Hari ini Je Jai atau nama sebenar Azhar Bin Ramli memerlukan bantuan dan ihsan anda semua demi meringankan beban keluarga beliau untuk menanggung kos rawatan kanser paru paru peringkat akhir (stage 4) yang dialami beliau.
Je Jai telah disahkan mengalami penyakit kanser paru paru peringkat akhir yang memerlukan rawatan segera sebelum ianya semakin menjadi lebih serius – minta dijauhkan.
Rawatan awal yang melibatkan konsultasi dan ubat bakal menelan belanja RM1,000 yang akan diadakan di Klinik Dr Zulkifli, Kota Damansara. Dan, kos rawatan Je Jai bakal bertambah dari semasa ke semasa.
Setakat ini, Je Jai sudah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk rawatan beliau dan kami sebagai rakan kini dalam usaha untuk mengutip lebih banyak kutipan supaya dapat meringankan beban beliau dan keluarganya.
Oleh kerana akaun Maybank Je Jai dan isterinya bukan lah akaun semasa dan tidak selamat untuk transaksi aktif, pihak Fazreen Network menggunakan akaun bank semasa mereka untuk proses kutipan derma ini.
Masih belum terlambat, anda boleh masukkan beberapa sahaja jumlah yang anda mampu untuk membantu Je Jai dan keluarga melalui akaun semasa Maybank dan CIMB pihak Fazreen Network dengan no akaun seperti di bawah. Ayuh, tunjukkan yang kita prihatin.
Bank: CIMB
No Akaun: 12050002115101
Nama: FAZREEN NETWORK
ATAU
Bank: Maybank
No Akaun: 562106625023
Nama: NURHIDAYAH AQILLA
Sila masukkan emel payments[at]fazreen.com di ruang emel penerima dan subjek ‘Save Je Jai’ di ruang subjek transaksi sekiranya anda membuat tranksasi online.
[ Copied from savejejai site ]
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Diharap dapat memberikan sedikit bantuan. Semoga beliau akan sembuh seperti sediakala. Amin…


[...] ikhlas meringan beban seorang sahabat blogger.Saya agak terkejut membaca entri seorang sahabat blogger Fitrihadi menulis mengenai masalah kesihatan yang serius dialami seorang kenalan yang juga seorang blogger [...]
semoga Allah selamatkan jejai.. amin.. sama2lah kita bantu, duit atau doa…
Sokong dengan kenyataan di atas, bersedekah tidak mengurangkan harta, bahkan makin bertambah rezeki di kemudian hari. Mohon lawati blog ku, atau ikuti @jibam90 di Twitter.
mari kita bantu seadanya. :)