Aug 292012
 

Seorang kanak-kanak Shanghai cedera selepas tin Pepsi cola yang disimpan dalam bahagan sejuk beku peti ais meletup ketika dia membuka tin tersebut.

 

kanak-kanak cedera tin pepsi cola meletup

 

Letupan tin Pepsi tersebut menyebabkan serpihan tin tersebut menghiris bahagian pipi kanak-kanak tersebut. Akibatnya kanak-kanak malang tersebut dikenakan 31 jahitan di atas pipinya dan 7 jahitan di bahagian dalam pipinya.

 

Berhubung kejadian tersebut, pekerja dari Syarikat Pepsi-Cola Shanghai berkata mereka telah membuat laporan tentang kejadian tersebut tapi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

 

Yang pasti mana-mana tin pun kalau dikenakan tekanan yang tinggi tak kiralah suhu sejuk atau panas yang melampau, mestilah meletup. Bila soda membeku, ianya akan mengembang dan meningkatkan tekanan dalam tin, dan akibatnya tin tersebut meletup apabila dibuka.

 

Harap dapat berhati-hati lepas ni. Jangan nak pandai-pandai bekukan benda yang tak sepatutnya…

 

[ via Wotshappening.com ]

(Visited 29 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  VIDEO: Kemalangan Eskalator Melawan Arah di China

Comments

  1. djdanchef says:

    Terus rasa fobia nak minum air dlm tin.. erk!!

  2. djdanchef says:

    air gas dalam botol boleh meletup juga ke?


LIKE KAMI DI FACEBOOK