Aug 032012
 

Kesian bila terbaca satu berita tentang rumah Aznil Haji Nawawi yang dirompak perompak jam 10 malam semalam. Apa pun kami berharap agak Pak Nil tabah dan sabar dalam menerima musibah ini.

 

Berita Rumah Aznil Haji Nawawi Dirompak Perompak

 

Rumah pengacara TV terkenal, Aznil Hj. Nawawi dipecah masuk perompak pukul 10 malam tadi.

 

Kejadian rompakan tersebut berlaku di kediaman Aznil Hj. Nawawi di Taman Yarl. Pada masa kejadian tersebut berlaku, hanya ibunya bersama dua orang amah yang berada di rumah. Manakala Aznil tidak berada di rumah.

 

Menurut sumber, selebriti terkenal tersebut mengalami kerugian hampir RM40,000. Kejadian yang tidak disedari itu telah mengakibatkan kehilangan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.

 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

(Visited 117 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (10 Gambar) Tasha Shilla Yang Cun Dan Menawan Hati Setiap Insan

LIKE KAMI DI FACEBOOK