Jul 112012
 

Jumaat lepas aku rasa teringin nak tonton wayang sebab seminggu busy dengan program Amalan Kejuruteraan kat universiti ni. Kebetulan filem The Amazing Spiderman ni dah keluar. Memang tepat pada masanya. Aku pun plan nak tonton dengan kawan aku malam tu.

 

The Amazing Spiderman 3D

 

Dipendekkan cerita, wayang spidey ni hanya ada pada jam 9:45 malam dan 12:30 pagi. Kitorang pun bukalah web Golden Screen Cinemas dan tempah tiket wayang. 

 

Sampai part payment je, dia loading tak habis-habis. Punyalah lembab cuba dua tiga kali pun tak boleh. Sebab tak berjaya, kawan aku dah bising suruh gerak on the spot gi beli tiket.

 

Tapi ada satu cara lagi. Kali ni aku download plak Apps Golden Screen Cinemas ke dalam iPhone aku. Then aku pun cuba buat reservation melalui apps tu. Sekejap je dah boleh. Payment pun takde masalah lambat loading. Terbaik!

 

Setakat ni mobile payment hanya boleh guna Maybank2u, RHB Now dan Paypal je. Kalau nak bayar guna paypal melalui iPhone jailbreak memang tak boleh sebab tak support. Untuk security kot agaknya. Harap maklum!

 

Lepas dah bayar guna mobile banking service, kita akan dapat satu QR code berserta info wayang yang kita tempah sebagai tiket kita. Kalau takde tiket pun boleh masuk guna QR code tu. Cool apps ni. Aku suka! Thanks GSC!

 

tiket wayang qr code the amazing spiderman gsc

Tiket wayang versi QR code

 

Apps versi android boleh dapatkan di sini. Tu baru part tiket wayang. Saja nak cerita pasal apps tu sebab banyak tolong jimatkan masa. Tak perlu beratur beli tiket wayang dah. Kalau rasa tanak beratur panjang bolehlah download apps tu.

LIHAT JUGA:  (Video) The Amazing Spiderman Versi Baby Yang Comel Sangat

 

_ _ _ _ _ _ _ _

 

Oh ya. Aku ada beli pop corn GSC Combo 3. Harga RM11 je. Dapat 2 air gas saiz besar dan satu kotak pop corn saiz besar. Dan juga percuma satu gelas 3D The Amazing Spiderman ni. Cool!

 

gelas 3d the amazing spiderman gsc

_ _ _ _ _ _ _ _

 

Pasal filem The Amazing Spiderman ni bagi aku memang super awesome sebab aku tengok versi 3D. Rugi kalau tak tengok versi 3D sebab korang akan terlepas aksi terbang atau aksi berlawan bersama-sama spiderman.

 

Part yang aku suka bila part terbang atau terjun bangunan ar. Aku rasa tu je caranya aku boleh terjun bangunan dan terbang tanpa mencederakan diri sendiri.

 

Riuh satu panggung wayang tu sebab terkejut bila ada something nak hempap diorang. Atau bila tengah terbang. Masing-masing gayat. Keh3…

 

Jalan cerita memang berbeza dari filem Spiderman yang pernah kita tengok. Filem ni betul-betul ikut komik dia. Banyak gak part-part yang kelakar. Heroin dia pun boleh tahan. Emma Stone katanya.

 

Pergilah tonton kalau belum tonton lagi. Tonton versi 3D punya memang berbaloi dengan harga walaupun mahal sikit. Selamat menonton! :)

 

*Tengah tunggu filem Batman plak.

 

Nota rawak ni sekadar nak cerita apa yang berlaku atau apa yang aku fikir dalam hidup aku. Sekadar penulisan 10 sen dari aku. Jemput ler baca kalau ada masa :)

(Visited 33 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK