Jul 192012
 

Nampaknya drama 7 Ramadan akan mengisi slot Samarinda di TV3. Sinopsis cerita ni penuh dengan pengajaran.

 

sinopsis pelakon drama 7 ramadan slot samarinda tv3

 

Antara pelakon yang terlibat dalam drama 7 Ramadan ini adalah: 

 

  • Elly Suriati (Sufiah),
  • Fir Affandi (Ramadhani)
  • Ana Dahlia (Anna)
  • Tania Zainal
  • Mustapha Kamal
  • Sherry Abdullah
  • Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda)
  • Roy Azman (Mustaza)

 

Berikut adalah sinopsis pendek drama tersebut:

 

Mengisahkan tentang Sufiah yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya Sufiah telah bercinta dengan Mustaza dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada tarikh 7 Ramadhan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

 

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).

 

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Sehinggakan Dhani melakukan pelbagai pembohongan demi menjaga nama baiknya.

 

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Saksikan kesudahannya Setiap Selasa, Rabu jam 10:30 dan Khamis pada jam 9:30 malam bermula 19 Julai 2012!

 

LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Runtun Qalbu - Slot Zehra TV3

Tonton sediki promo 7 Ramadhan sebagai pengenalan cerita ini di bawah!

 

 

 

Selamat menonton!

(Visited 56 times, 1 visits today)

Comments

  1. andi says:

    Tahniah dan syabas TV3 kerana drama 7 Ramadan yang akan menjadi bualan satu Malaysia sebab episode pertama sudah boom. Syabas juga kepada pelakon Elly dan Fir yang hebat

  2. yup mmg hangat tp xde peluang nk tgk sbb dok hostel..heheh


LIKE KAMI DI FACEBOOK