Jul 302012
 

Resepi ais krim goreng mudah yang menggunakan roti ni saya dapat dari perkongsian di facebook. Sesiapa yang follow page saya tu tahulah sebab saya ada berkongsi di situ.

 

resepi ais krim goreng roti mudah

 

Takdelah susah nak buat sebab ianya tak menggunakan tepung sebagai kulit. Antara bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:

  • Ais krim kegemaran anda
  • Roti keping
  • Gelas besar atau tupperware bulat

 

Berikut adalah cara-cara membuatnya: 

 

resepi ais krim goreng roti mudah senang

1. Letak ais krim di antara dua roti. Tekan dengan gelas besar atau tupperware dan bentukkan bahagian luar supaya bersambung.

2. Selepas dibentukkan ais krim tersebut dalam roti, masukkan ke dalam plastik untuk simpanan dalam peti sejuk. Boleh goreng terus atau goreng pada masa akan datang kalau nak.

3. Sebelum goreng, pastikan minyak betul-betul panas, keluarkan bahan dari plastik (jika disimpan dalam plastik) dan goreng sebentar sahaja.

4. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Enak jika dimakan cepat-cepat

LIHAT JUGA:  Resepi Mudah Roti Keping Bakar Bersama Cheese Yang Kreatif!

 

Selamat mencuba!

(Visited 497 times, 1 visits today)

Comments

  1. sabirah says:

    dah lame x makan ice crim nie. carik dkt mane2 pasar malam tp tak jumpe pulak. nie skang jumpe resipi pulak. terima kasih utk info resipi nie :D

  2. tips says:

    nak sennag cacri pasar putrajaya nuuuuuuu.. :)

  3. klANA says:

    sdpnya ice crim grg… nyum3.. he3

  4. […] Malaysia memang hot. Orangnya hot. Perasaan orangnya pun hot. Sampaikan ais krim pun boleh buat goreng. Betul-betul hot ar. Kan? […]

  5. […]  (Resepi) Ais Krim Goreng Mudah Menggunakan Roti […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK