Jul 092012
 

Gempar seketika dengan kejadian amuk pedang samurai yang berlaku di JPM (Jabatan Perdana Menteri). Dipercayai suspek mendakwa dirinya Imam Mahadi

 

gambar kejadian amuk jpm suami isteri pedang

 

PUTRAJAYA – Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.

 

Turut ditembak rakannya seorang wanita. 

 

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

 

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.

 

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

 

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Banjir Kilat Di Simpang MITC, Ayer Keroh, Melaka

 

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

 

kejadian amuk pedang samurai suami isteri imam mahadi jpm

 

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

 

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

 

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

 

kejadian amuk pedang samurai suami isteri imam mahadi jpm

 

“Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

 

“Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’,” katanya.

 

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis,” katanya

(Visited 111 times, 1 visits today)

Comments

  1. titan says:

    pehh, gaduh tak ingat dunia.

    weh..ko dah dapat hadiah buku tu lom?

    1. FITRIHADI says:

      sorry bro lambat reply.. buku tu baru sampai je.. thanks anyway :)

  2. encik ketam says:

    Tak tahu pulak imam mahadi pakai bandana. Bala2….

  3. akubiomed says:

    Ada mengetahui berita ini melalui berita di tv3.

    1. aqmal says:

      x pon dia kata dia imam mahdi………

  4. […] Makan « (Video) Parody Friday Rebecca Black Yang Kelakar Jatuh Gaung ………………………………………………….. Lelaki Amuk Di Putrajaya Adalah Blogger JAYA NEGARA? Semalam gempar Kejadian Amuk Suami Isteri Di JPM Putrajaya. […]

  5. tips says:

    dah meninggal ye?
    mulalah jadi isu ni nanti…


LIKE KAMI DI FACEBOOK