Jul 042012
 

Ye. Berita gembira buat pengguna kenderaan seluruh Malaysia. Harga minyak petrol RON 97 akan turun sebanyak 20 sen.

 

harga minyak ron 97 turun 20 sen

 

Diulangi, hanya petrol RON97 sahaja. Turun 20 sen sahaja. Harap maklum!

 

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa esok.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 sudah turun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

 

“Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran,” katanya.

 

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu. – BERNAMA

 

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 - Selangor

 

P/s: Erm RON95 bila nak turun?

(Visited 23 times, 1 visits today)

Comments

  1. eddie says:

    ingatkan RON95 nak turun…macam xde efek je…sebab ramai orang pakai RON95…kasi turun la RON95 pulak…


LIKE KAMI DI FACEBOOK