Jul 162012
 

Tak habis-habis artis dirompak. Berita terbaru ni melibatkan rumah Sharifah Shahira pula masuki pencuri. Adakah ini risiko yang perlu diambil jika berharta?

 

rumah sharifah shahirah dirompak perompak

 

Semoga Shira tabah menghadapi berita ini.

 

16 Julai, SUBANG JAYA – Pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahira kerugian hampir RM1,500 apabila rumahnya di Jalan G3, Taman Melawati, dipecah masuk lewat malam kelmarin. 

 

Kejadian disedarinya kira-kira jam 2.30 pagi selepas beliau pulang ke rumah dan mendapati pintu balkoni di tingkat bawah rumah dua tingkat semi-D dihuni diumpil.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian hanya anak dan pembantu rumah selebriti itu berada di kediamannya.

 

Menurutnya, sebaik pemeriksaan dilakukan selebriti itu mendapati bilik tidur utama dipecah masuk dan suspek melarikan mata wang asing Indonesia serta barang kemas bernilai RM1,500.

 

Amiruddin berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek dipercayai memecah masuk ke rumah mangsa jam 10.40 malam dan beberapa kesan cap jari ditemui.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Dani Tiger - Saspek Kes Bakar Nurul Firzanah Dicari!

 

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV jelas kelihatan bayangan seorang lelaki dipercayai warga tempatan dan kes berkenaan akan disiasat secara menyeluruh.

 

“Suspek hanya memecah masuk bilik tidur utama dan tiada sebarang kejadian lain dilaporkan,” katanya laporan dibuat suami mangsa di Balai Polis Taman Melawati jam  7.30 pagi, semalam.

(Visited 30 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Saya ada terdengar berita ini pagi tadi melalui berita di radio Sinar. Harap beliau dan keluarga berada didalam keadaan selamat.


LIKE KAMI DI FACEBOOK