Jul 022012
 

Masih ingatkah kita tentang kes seorang wanita bernama Dr Marwah Al Syarbini yang dibunuh kerana beliau adalah Islam dan bertudung?

 

wanita mati dibunuh kerana tudung marwah syarbini

 

Mungkin ramai yang tak kenal siapa beliau.  Bacalah artikel di bawah supaya lebih ramai tahu tentang kekejaman yang cuba ditutup selama ini. 

 
Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr. Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tetapi, tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak dan juga sedang mengandung tiga bulan, yang akhirnya mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim.

 

Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Bukan sahaja berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isu kematian raja pop itu.

 

Pada masa yang sama, ribuan penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia, Micheal Jackson, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

 

Kisah yang menyedihkan ini bermula apabila Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman pada hari beliau perlu memberi keterangan ke atas kesnya. Kes tersebut adalah tentang seorang pemuda jerman iaitu Alex W yang kerap menggelar Marwah sebagai “terroris” hanya disebabkan beliau bertudung.

LIHAT JUGA:  (Video) J Sze - Gadis Cina Tertarik Dengan Puasa & Hikmahnya

 

Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang dan berusaha membuang tudung Marwah. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini dia menikam Marwah berkali-kali sehingga mati. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan peluru pihak berkuasa yang tidak disengajakan dan akhirnya si suami berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden. Masya-Allah…

 

_ _ _ _ _

 

Dalam sejarah islam, terdapat seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga demi mempertahankan saudara sesama muslim sehinggakan tercetusnya pergaduhan.

 

Di zaman khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata “waa Mu’tasimah”. Khalifah Mu’tasim lantas terus menghantar bantuan walaupun beliau berada berada jauh dari wanita tersebut.

 

Apakah yang umat Islam lakukan pada masa kini? Media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita hiburan dan perkara yang melalaikan. Jika tidak, masakan tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

 

Sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk menjaga sesama muslim. Renung-renungkan…

(Visited 28 times, 1 visits today)

Comments

  1. phreak-id says:

    Inalillah. Selama ni tak tahu pun. Betul la mcm ko ckp bro, selama ni kita banyak disogok dengan artis2 barat je. RIP MJ la, RIP Whitney Houston la, tapi saudara seislam kita yang dianiaya, tak ramai yang ucapkan apa-apa..

    Terbaru >Spain Juara Euro 2012 – Trivia Di Sebalik Kemenangan Ini >Watch Live Streaming Spain vs Italy Here >Kelayakan Piala Asia U22, Video Perlawanan Malaysia Benam Vietnam 3-0

  2. Walaupun namanya tak disebut penduduk bumi, harum di kalangan penduduk langit.


LIKE KAMI DI FACEBOOK