Jul 182012
 

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali yang dipetik dari kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

 

40 nasihat saiyidina ali

 

Bolehlah dijadikan benteng dan panduan dalam hidup:

 

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ada di tangan sama dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih teruk melainkan seorang yang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu akan menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12. Mengajar adalah belajar

13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14. Insan terbahagi kepada 3 :

  • Mereka yang mengenal Allah
  • Mereka yang mencari kebenaran
  • Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan mengikut seseorang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan takut kepada dosamu terhadap Allah

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah lebih baik berbanding mencari kesilapan orang lain

LIHAT JUGA:  (Video) Erti Sebenar Ketenangan Dalam Hidup - Dr Maza

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi adalah disebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayap seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari sesuatu yang bukan mengenai dirinya nescaya hilanglah sesuatu mengenai dirinya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang dengki akan marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah di jalan Allah dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah tanda syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

(Visited 15 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK