Jun 152012
 

Sekarang ni dah masuk musim durian. Tapi masih ada yang belum tahu tips cara pilih durian yang terbaik.

 

tips cara pilih buah durian terbaik

 

Untuk mengelakkan ditipu, boleh cuba 5 tips di bawah ni.

 

1. Duri

Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

 

2. Bentuk Buah

Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.

 

3. Bau

Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam.

 

4. Kulit

Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.

Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

 

5. Goncang Durian

Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.

Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

 

Selamat membeli! (^_^)

Comments

  1. akubiomed says:

    Kalau hendak selamat kopek depan-depan dan makan disitu. :-)

  2. Cikgu Hairul says:

    Esok pagi aku balik pahang singgah kat karak beli durian raja musang.

  3. rosmaisara says:

    wahhh…bagus tips nih..

  4. […] (10 Fakta) Tentang Durian Yang Kita Jarang Tahu Dulu, kami ada berkongsi tips pilih buah durian yang terbaik semasa membeli. Tapi, jarang antara kita tahu 10 fakta tentang durian […]