Jun 052012
 

Ada pengajarannya kisah wanita yang ingin menggugurkan kandungan ni. Walaupun bukan berpunca dari zina tapi salah satu sebab diharamkan menggugurkan anak ni amat jelas dalam kisah ni.

 

kisah doktor dan wanita gugur anak

 

Semoga bermanfaat…

 

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

Seorang wanita yang cemas dilihat terburu-buru memasuki bilik doktor di sebuah hospital.

 

Kelihatan bayi yang cukup comel di pangkuan tangannya lalu beliau berkata kepada doktor tersebut:


“Doktor, saya ada masalah besar ni. Tolonglah saya. Bayi saya masih belum berumur 1 tahun tapi saya dah mengandung lagi. Saya tak mahu anak menanggung beban menjaga dua bayi.”

 
Jadi doktor pun berkata:

 

“Oh ok. Jadi apa yang puan mahu saya buat?”

 
Wanita itu membalas:

 

“Kalau boleh saya nak doktor gugurkan kandungan ini. Harap doktor boleh tolong saya.”

 
Doktor tersebut terdiam dan berfikir seketika.

 
“Saya rasa ada penyelesaian lain dan pastinya kurang berbahaya untuk puan juga.”

 
Wanita tersebut lega mendengar jawapan itu kerana merasakan doktor tersebut akan menolongnya.

 
Kemudian doktor tersebut berkata:

LIHAT JUGA:  Ramadan | Apa Yang Rasulullah Aminkan Pada Setiap 3 Anak Tangga Mimbar Baginda?

 
“Saya tahu sebenarnya puan tak mahu menjaga dua orang bayi pada masa yang sama. Jadi, apa kata kita bunuh saja bayi dalam tangan puan ni. Dengan itu, puan boleh berehat sekejap sebelum lahirnya bayi dalam perut puan ni.”

 
Wanita tersebut terkejut dan berkata:

 
“Apa??! Mana boleh? Doktor ni kejam ke apa nak bunuh bayi saya ni? Dosa besar tau bunuh manusia.”

 
“Betul tu!” Doktor tersebut menjawab dan berkata lagi:

 
“Tapi puan macam tak kisah je nak gugurkan kandungan. Jadi saya fikir puan mesti akan terima cadangan saya untuk bunuh bayi dalam tangan puan ni.”

 

Wanita tersebut terdiam seribu bahasa. Si doktor pula hanya tersenyum kerana dapat menyatakan satu pengajaran kepada wanita tersebut.

 

Akhirnya wanita tersebut membatalkan hasratnya itu dan bertekad akan menjaga bayi-bayi beliau dengan baik.

 

_ _ _ _ _ _ _

 

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena kemiskinan.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [ al-An’aam (6): 151].

(Visited 118 times, 1 visits today)

Comments

  1. mak lagenda says:

    Bagus pengajaran yg doc tu bg..

  2. wulan says:

    tq kisah ni byk bg pengajaran pada saya, disebabkan cerita ni saya berubah fikiran untuk tidak menggugurkan anak saya.tq very much


LIKE KAMI DI FACEBOOK