Jun 212012
 

Kisah Seorang Doktor Bedah dan Ayah Yang Ego

Bila baca kisah seorang doktor bedah dan ayah yang ego ni, buatkan aku menjadi lebih berhati-hati agar menjaga perasaan dan tak over-react bila ada masalah yang mendatang.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Seorang doktor pakar pembedahan kelihatan meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.

Dia segera menukar pakaian dan terus meluru ke bilik pembedahan. Ayah kepada pesakit kanak-kanak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggu beliau diluar pintu

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berkata dengan tegasnya.

“Kenapa kau ambil masa yang lama untuk datang? Kau tahu tak anak aku dalam bahaya sekarang ni? Kau tak ada rasa bertanggungjawab ke?”

Doktor tersebut tersenyum dan berkata:

“Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan terus datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan. Sekarang, saya harap encik dapat bertenang.”

“Bertenang kau kata?! Kalau anak kau berada dalam bilik pembedahan sekarang ni, boleh ke kau bertenang? Kalau anak kau mati sekarang ni apa yang kau boleh kata?” kata si ayah dengan marah..

Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

“Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang suci iaitu daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Seorang doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.”

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Imsak Dan Buka Puasa Seluruh Malaysia 2014

“Bagi nasihat camtu memang senang! Aku ni ayah dia, kau takkan tahu perasaan aku. ” kata si ayah.

* * * * *

Pembedahan tersebut mengambil masa beberapa jam. Tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.

” Alhamdulillah. Anak anda selamat. Kalau kamu ada sebarang soalan, boleh tanya jururawat!” Lalu si doktor meninggalkan si ayah dengan segera tanpa berkata panjang.

“Kenapa doktor tu sombong sangat? Tak boleh ke dia tunggu sekejap. Aku ada soalan nak tanya pasal anak aku ni. ”

Rungut si ayah kepada seorang jururawat. Jururawat itu lantas membalas.

“Kalau encik nak tahu, anak doktor tu baru je semalam meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Dan sebenarnya dia sedang menghadiri upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa kerana ingin melihat anaknya untuk kali terakhir”

_ _ _  _ _  _ _  _ _

Kesimpulannya, tak kira apa pun masalah kita, berat mana kesedihan yang kita hadapi, ada ramai lagi orang yang menanggung derita dan masalah yang lebih  berat.

Dan kawan aku pernah berpesan: tak semua orang mampu puaskan hati kita. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Juga sedekahkanlah Al-Fatihah buat junjungan besar Nabi Muhammad dan buat sesiapa saja yang sudah pergi buat selama-lamanya. Semoga bermanfaat!

(Visited 183 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK