Jun 162012
 

Perghh Smart kot. Binaan akuarium yang diberi nama The AquaDom ni terdapat di Berlin, Germany dan mempunyai ketinggian 25 meter. Ianya menggunakan akuarium kaca akrilik berbentuk silinder dan terdapat lif yang transparent di tengah-tengahnya.

 

aquadom berlin germany largest cylinder aquarium (1)

 

Ia terletak di Radisson Blu Hotel di Berlin-Mitte. The DomAquarée complex juga mempunyai hotel, pejabat, sebuah restoran dan akuarium Sea Life Centre.

 

Lagi gambar The Aquadom di bawah! 

 

aquadom berlin germany largest cylinder aquarium

 

Permukaan kaca akuarium tersebut dibina dari 4 lapisan kaca terkuat. Dan kaca di bahagian dalam permukaan lif hanyalah mempunyai 1 lapisan.

 

aquadom berlin germany largest cylinder aquarium

 

The Aquadom adalah binaan aquarium silinder terbesar di dunia dengan diameter lebih kurang 11 meter, dan dibina di atas asas binaan 9 meter.

 

 
aquadom berlin germany largest cylinder aquarium (1)

 
Ia diisi 1 juta liter air dan mengandungi 1500 jenis ikan yang berlainan. Proses memberi makan dan membersihkan akuarium dilakukan setiap hari oleh 3 atau 4 orang penyelam. Sekurang-kurangnya 8kg makanan diperlukan setiap hari.

LIHAT JUGA:  (7 gambar) Jambatan Jalan Raya Merentasi Dalam Bangunan Di Osaka, Jepun. Hebat Siot!!

 

[ info via Interesting Engineering ]

(Visited 55 times, 1 visits today)

Comments

  1. Ash says:

    perghh.. hebat lah.. negara2 maju ni.


LIKE KAMI DI FACEBOOK