Jun 062012
 

Ish ish ish. Gadis ni baru berusia baru 13 tahun tapi dah berani keluar jumpa lelaki yang tak dikenali. Kenalan dari Facebook lak tu.. Dan akhirnya keberanian tersebut memakan diri.

 

Tapi nak salahkan dia 100% takleh gak. Lelaki yang buat durjana tu pun patut dipersalahkan. Dah la aniaya budak bawah umur. Pastu umur lelaki tu pun bawah umur gak. Memang nak kena sumbat dalam sekolah juvana ni..

 

remaja gadis 13 tahun dirogol kenalan facebook.jpg

 

Kepada remaja diluar sana tu berhati-hatilah. Kalau rasa nak jumpa sangat kawan kat facebook tu, angkut satu kelas gi jumpa sama-sama. Kalau gi jumpa sorang-sorang takut jadi camni lak.

 

Dan lagi satu jangan mudah nak percaya kat orang yang tak dikenali. Kenal dulu betul-betul baru boleh percaya. Sekian…

_ _ _ _ _ _ _  _

 

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit. 

 

Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.

 
Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. – Lee, Abang mangsa

 

Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.

LIHAT JUGA:  (Berita) PM Najib Sahkan Pesawat MH370 Hilang Di Lautan Hindi

 

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

 

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

 

“Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu.

 
“Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

 

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

 

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

 

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

 

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan,” katanya.

 

[ berita via Berita Harian Online ]

(Visited 59 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Sedih perkara ini berlaku kepada anak gadis berumur 13 tahun terlalu naif.

  2. Shaiful says:

    Pada saya dua-dua bersalah. Entahlah,manusia ni mulut cakap lain,perkara yg sebenarnya lain. Jika ikut undang2 memang budak lelaki tu bersalah.


LIKE KAMI DI FACEBOOK