Jun 292012
 

Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar adalah sebuah lagi kemudahan baru untuk rakyat Melaka.

 

utc melaka urban tranformation centre pusat transformasi bantar

 

Ianya menempatkan pelbagai agensi dan kemudahan dalam satu bangunan untuk menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti rakyat.

 

Berikut adalah beberapa fakta tentang bangunan Urban Transformation Centre: 

  • Bangunan UTC pada asalnya adalah bangunan Wisma Persekutuan sebelum diambil-alih oleh Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
  • Kos membaik pulih bangunan adalah sebanyak RM28.3 juta
  • lokasi di Bangunan DMDI ( Wisma Persekutuan ), UTC Melaka, 75300 Jalan Hang Tuah, Melaka
  • Mula beroperasi pada 12 Jun 2012
  • Bangunan ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam
  • Menyediakan 10 kluster perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan, Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan, Perkhidmatan Kesihatan, Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Kerajaan, Perkhidmatan Pembangunan Belia, Perkhidmatan NGO, Perkhidmatan Utiliti dan Perkhidmatan Keselamatan
  • Menempatkan sekurang-kurangnya 70 kementerian dan agensi kerajaan termasuk perbankan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  • Pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat.
  • Pembayaran bil, kemudahan kesihatan, kedai rakyat 1Malaysia, urusan perbankan, Mykad, passport, kastam serta pelbagai lagi urusan penting boleh diselesaikan disini semuanya
  • Turut menyediakan kemudahan percuma kepada golongan remaja seperti perkhidmatan perpustakaan mini, pusat tuisyen, kafe siber, pusat kecergasan gymnasium dan studio muzik.
  • Memberi ruang kepada peniaga untuk berniaga Pasar Tani Mega dan Pasar Malam Mega yang akan diadakan di perkarangan tempat letak kereta bangunan tersebut.

 

SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA :

Aras Bawah
1. Kafeteria UTC
2. Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
3. ATM / CDM
4. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
5. Klinik 1 Malaysia

Aras 1
1. Kementerian Pembangunan Waniata, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
3. Tabung Haji (TH)
4. SME Bank
5. FAMA
6. Bank Rakyat

Aras 2
1. Jabatan Imegresen Malaysia
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
5. Biro Pengaduan Awam (BPA)

Aras 3
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
2. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
3. Tekun Nasional Berhad
4. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
5. Telekom Malaysia (TM)
6. Pos Malaysia
7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
9. E-Perolehan
10. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
11. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
12. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka (PPSPPA)

LIHAT JUGA:  Penting! 3 Sebab Utama Kenapa Kenderaan Mudah Terbakar!

Aras 4
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2. Kementerian Sumber Manusia (JPK/JTM/JOB MALAYSIA/PTPTK)
3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Aras 5
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
2. Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
3. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
4. Unit Kerajaan Tempatan Melaka (UKT)
5. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
6. Majlis Sukan Negara (MSN)
7. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
8. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
9. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
10. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
11. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
12. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
13. Unit Pembela dan Pembangunan Desa dan Pemantau Adun (UPPD)
14. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
15. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEIM)
16. Pusat Zakat Melaka (PZM)
17. Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah
18. Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin
19. Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah
20. Invest Melaka Sdn Bhd
21. Bahagian Promosi Pelancongan (BPP)
22. Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka (PTG)
23. Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM)
24. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)
25. Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM)
26. Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MBGM)
27. Sahabat Belia Negeri Melaka
28. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
29 Yayasan Melaka (YM)

Aras 6
1. Cybercafe (CC)
2. Perpustakaan
3. Tuition Center

Aras 7
1. Lot-lot Perniagaan (Entrepreneur Center)

Aras 8
1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
2. Youth Centre
3. Fitness Centre
4. Music Centre

Aras 9
1. Yayasan DMDI
2. DMDI Finance
3. Bilik Mesyuarat
4. Bilik Perbincangan
5. Bilik Seminar
6. Surau Lelaki & Wanita

(Visited 86 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK