Jun 212012
 

Artikel ‘Bagaimana Makanan & Air Dalam Tin Membawa Maut?’ ni mungkin masih ramai yang belum tahu. So sebarkanlah sebelum terjadi kes keracunan ni pada keluarga kita.

 

bagaimana makanan air dalam tin membawa maut

 

_ _ _ _  _ _ _

 

Pada satu hari minggu, terdapat sebuah keluarga yang beriadah dan membawa beberapa tin minuman sebagai pengubat dahaga. Pada hari Isnin berikutnya, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).

 

Mereka meninggal pada hari Rabu selepas itu. Hasil autopsi menyimpulkan pesakit itu terkena Leptospirosis. Hal ini berpunca dari tin minuman yang diminum mereka, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah dicemari dengan air kencing tikus yang sudah mengering dan mengadungi bakteria leptospira.

 

Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi (tercemar kuman dan bakteria) dibandingkan dengan tandas awam.

 

Jadi, bersihkan tin minuman atau apa saja makanan dalam tin dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis keracunan dan mungkin berkemungkinan maut.

 

_ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _

 

Lagi satu, kalau nak pilih makanan dalam tin tu, pilih yang tak kemek. Kalau ada kesan kemek tu mungkin dah ada tindakbalas bakteria bila berlaku kemek tu. Harap semua dapat berhati-hati.

 

Semoga bermanfaat!

Comments

  1. tips says:

    seeloknya elakkan beli makanan/minuman dlm tin..

  2. mak lagenda says:

    Betul tu. Tak kira apa2 benda yg kita beli dlm tin or botol, basuh la ia dulu sblm di simpan/digunakan.

    Isu kencing tikus yg terdapat di barang2 tin dan botol ni mmg merbahayakan kita

  3. akubiomed says:

    Lapisan dalam air tin disalut dengan BPA.

  4. annisa says:

    Peringatan buat kita semua! Sentiasa berhati-hati tentang makanan dan minuman sebelum masuk ke dalam badan kita.

    Terimakasih admin dengan maklumat ini supaya kita dapat menjaga kesihatan kita untuk beribadah kepadaNYA.