May 032012
 

Filem aksi yang tak kering gusi!  Serius aku cakap filem The Avengers ni memang best.

 

gambar poster image review filem the avengers movie

 

Semalam 2 orang kawan aku ajak aku tengok wayang filem The Avengers. Dah berkurun aku tak masuk wayang. Orang dah ajak takkan nak tolak kot. So lepas time kerja, kitorang pun geraklah ke AEON Jusco Bandaraya, Melaka. 

 

tiket filem gsc the avengers

 

Ni antara pelakon-pelakon dan hero-hero dalam filem tersebut (sumber imdb.com/avengers):

pelakon actor cast the avengers movie 2012

 

 

Awal-awal cerita, macam blur sikit sebab diorang nak intro kiub apekebenda ntah yang jadi rebutan dengan penjahat tu. So ambik masa sikit nak faham. Lepas intro tu barulah bermula segala aksi menentang penjahat dan cabaran mengumpulkan semua hero yang terpilih.

 

Yang pasti ada banyak gak scene-scene dan part yang kelakar. Memang terbaik ar bila elemen hero dan aksi digabungkan dengan komedi. Ada hero yang serius, ada hero yang kelakar, ada hero yang bijak dan ada hero yang cool.

 

Jalan cerita macam biasalah. Yang baik akan lawan yang jahat sampai berjaya. Tapi kesudahan penjahat dalam filem ni agak lain sikit.  Ini sikit sinopsis yang boleh aku bagi. Kalau nak lebih detail boleh tengok kat wayang. Memang tak rugi!

 

Cerita ni bermula bila Nick Fury (Samuel Jackson) ada buat projek senjata yang gunakan satu kiub yang berikan sumber tenaga kekal tapi masih tak stabil. Kiub tulah yang menjelmakan penjahat bernama Loki dari angkasa lepas. Lepas Loki muncul dia pun merampas kiub tu dan mula bina team jahat dia untuk takhluk bumi.

 

Mulalah Nick Fury gelabah cari geng-geng pelik kat bumi ni iaitu Black Widow, Captain America, Hulk dan yang sukarela nak bantu seperti Iron Man dan Thor. Hawkeye tolong time last-last je..

 

Masa pertengahan cerita, boleh kata agak mendatar sikit sebab diorang banyak cakap-cakap je. Kawan aku kat sebelah pun sempat tidur jap. Letih kerja agaknya. Bila dah masuk part geng penjahat datang buat masalah, dari situ mulalah aksi hero-hero yang gempak dan kadang-kadang kelakar.

 

LIHAT JUGA:  Underdog Soldiers | Ini Filem Paling Menyampah Aku Pernah Tengok

Elemen CGI boleh tahan best. Aksi pun terbaik.  Cuma heroin sorang  je. Kalau boleh panggillah lagi dua tiga orang  baru meriah. hehehe gurau je. Untuk filem ni aku bagi rating 9.5/10 sebab tak membosankan. Memang aku suggest korang gi tengok kat pawagam. Tak rugi pun!

 

 

 

 

Saja aku tak nak cerita lebih detail. Kang tak best lak korang tengok wayang sebab dah tau jalan cerita. Bawah ni antara screenshot dalam filem tersebut. Semoga terhibur! (^_^)

 

image the avengers movie 2012

 

 

image the avengers movie 2012

 

 

image the avengers movie 2012

 

 

image the avengers movie 2012

 

 

image the avengers movie 2012

 

 
image the avengers movie 2012

 

 
image the avengers movie 2012

Loki.

 

P/s: Antara yang power dan kuat dalam cita ni semestinya Iron man, Thor dengan Hulk. Yang lain tu setakat kekuatan manusia je.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Comments

  1. citer ni kira sambungan sumer citer super hero sebelum ni.. so kalau nak paham kena tengok dulu citer2 tu.
    setiap watak ada kekuatan masing2. captain america pon kuat gak, dapat tahan thor hammer. tapi yg kelakar the hulk..

  2. farhanaDr says:

    Oh.. Fit kat Melaka rupanya.. Kalau tengok hari yang sama mungkin ada chance terserempak.. Saya pergi Jusco tengok malam Isnin tu.. Memang orang ramai berautur panjang nak tengok Avengers ni..

    Cerita dia terbaik.. Rasa nak tengok lagi dan lagi.. Untuk tengok Abang Hulk of course.. =p

  3. akubiomed says:

    Di katakan watak Thor tercedera ketika melakukan aksi lagak ngeri didalam filem Avenger ini.

  4. […] Musnah Dalam The Avengers? Posted by FITRIHADI on May 4, 2012 at 10:38 AM haha.. siapa yang dah tengok filem The Avengers pasti tau […]

  5. Syahir Aiman says:

    Saya baru dapat tau lmn web ini..gud articles..keep it up!!!


LIKE KAMI DI FACEBOOK