May 012012
 

Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga siapa Ambiga yang menganjurkan dan menjadi pengerusi perhimpunan Bersih tu. Then adalah satu artikel yang share di FB tentang beliau.

 

siapa ambiga perhimpunan bersih

 

Berikut adalah fakta tentang siapa dan apa yang Ambiga buat selama ni. 

 

 

siapa ambiga perhimpunan bersih

 

 

Dan ada perbualan menarik aku dapat dari FB tentang isu perhimpunan Bersih ni…

 

_ _ _ _ _

A: Bodoh betul sape yang sokong si Ambiga tu dalam BERSIH!

 

B: Kenapa pulak?
A: Yela.. dia kan pendukung IFC, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah bla..bla..bla.. So, siapa yang sokong dia maknanya dia menyokong Ambiga! Siapa yg sokong si Ambiga memang x sayangkan ISLAM!

 

B: Oh.. macam tu sekali ea.. urm.. nak tanya sikit boleh?

 

A: Hah! Tanya ape pulak ni??

 

B: Ko ade facebook x? Ko guna henpon jenis ape ek? Suka minum milo? Ada twitter x, aku nak add la..hehe..

 

A: Ape punya soalan la ko ni.. memang la aku ada akaun facebook. Aku guna nokia dengan IPAD.. canggih x aku? Milo tu memang la peberet aku la.. Nanti aku PM fb ko aku punya akaun twitter ea..

 

B: Hah! Sah ko AHLI NERAKA!!!!

 

A: Aik? Kenapa lak ko ni? Jangan tuduh sembarangan!

LIHAT JUGA:  (Artikel) Penipuan Yahudi Untuk Lemahkan Produktiviti Muslim

 

B: Memang la.. ko tau x fb tu milik Mark Zuckberg? Dia tu kafir tau! Nokia dan IPAD pun org kafir yang punya. Twitter punya founder tu si Jack Dorsey tau! Dia pun kafir! Milo tu pun pemiliknya Nestle. Pun org kafir gak!

 

A: Dah tu apasal aku ni ahli neraka pulak?

 

B: Dah kau guna barangan dia, kira ko sokong org kafir la.. Ko x sayangkan Islam!

 

A: Eh.. bukan macam tu.. aku cuma gunakan kemudahan yg dia sediakan.. gunakan kepakaran yg dorang ada..bukan bermaksud aku sokong dia tu.. Lg pun aku gunakan fb dan twitter utk kebaikan.. untuk sebarkan maklumat dsbgnya..

 

B: Owh.. macam tu ea.. untuk pengetahuan ko.. mcm tu juga dengan org yang menghadiri BERSIH, mereka menyokong tentang tuntutan BERSIH.. dalam tuntutan tu, xde pon disebutkan tentang menyokong seks bebas, xsokong mahkamah syariah or etc.. mereka bersama-sama untuk 8 perkara tersebut sahaja.. itu pun berkaitan dengan keadilan mengenai PRU13.. tentang daftar undi dsbgnya..

 

A: Owh.. mcm tu ke.. huhu.. kalau aku cakap yang sokong Bersih tu x sayang Islam.. maknenye aku pon sama la ek..huhu.

 

_ _ _ _ _

 

Semoga bermanfaat.

 

P/s: Buang yang keruh, ambil yang jernih…

(Visited 59 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK