May 222012
 

Aku pernah baca beberapa fakta tentang bahaya Satay, Udang, Shampoo, Mi & Bawang Goreng Segera dalam majalah tempatan. Dan aku rasa patut untuk aku share supaya kita semua tahu apa yang kita makan itu.

 

Fakta Bahaya Satay Udang Shampoo Mi Bawang Goreng Segera

 

Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita semua!

_ _ _ _ _ _ _ _

 

1. Satay

Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

 

2. Udang

Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C. Yang mana anda akan sakit dan kemungkinan mati kerana keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

 

3. Shampoo

Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.

 

Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.

 

Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”.

 

Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

 

4. Mi Segera

Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

LIHAT JUGA:  (Fakta) Tentang Bayi Yang Ramai Tidak Tahu

 

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.

 

Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.

 

Berkaitan: (Fakta) Infografik Bahan Kandungan ‘Pelik’ Dalam Maggi

5. Bawang Goreng Segera

Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

_

(Visited 258 times, 1 visits today)

Comments

  1. mak lagenda says:

    Banyak info berguna blh ditambah dgn membaca info nih. ADa yg mak dah sedia maklum but masih juga yg bnyk perlu ditambahkan

    Thanks fitri!

  2. AlyzaFisol says:

    kena kurangkan pengambilan makanan segera demi kesihatan yg baik… :)

  3. Zul says:

    aiyo, saya pakai syampu shurah ada SLS lah..

  4. Zul says:

    sabun liquid protex yg biru pun ada SLS lah.. So shampoo dan sabun apa yang selamat di pakai ni? ada info barang yg tak de SLS?

  5. hafizaiman95 @ fizs says:

    wow.. xtau lak lpas mkn vitamin c xleh mkn udang.. thnks 4 the info bro..

  6. tips says:

    fakta udang tu baru tau. mujur saye tak mkn supplement.. nak msk megi ade tekniknya.. tapi eloknya kita mkn real food. :-)

  7. razfira says:

    thanksss.. banyak tak taw ni

  8. Ken Wooi says:

    Wow, scary facts huh? :/

  9. rosmaisara says:

    tak tahu pun kena makan timun kalo mkn satay…ohhhhhhh sangat xsuka timun..bagi sy timun tu mcm sayur plastik yang selalu kanak2 main…haha

  10. […] Baca juga: (Fakta) Bahaya Satay, Udang, Shampoo, Mi & Bawang Goreng Segera […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK