May 042012
 

Inilah akibat dari sebuah kelekaan. Dulu tersebar gambar bayi yang mati kerana tersepit di katil. Dan yang terbaru, bayi lapan bulan maut terkena renjatan elektrik selepas memegang wayar pada soket penyambung elektrik. Adeh… kesiannya…

 

Semoga menjadi tauladan buat kita semua agar lebih peka terhadap keselamatan si kecil…

 

gambar bayi maut terkena renjatan elektrik

 

 

ALOR SETAR – Seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang wayar pada soket penyambung elektrik, di rumah keluarga bapanya, di Kampung Lancok, Tok Leed, Pokok Sena, di sini, pagi tadi. 

 

Ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, sewaktu kejadian, mangsa, Syahmina Zulaikha Mohamad Hazim Akmal berada di rumah berkenaan bersama seorang lagi ibu saudaranya, Nor Aina Rosli, 14, serta kakak mangsa, Sofina Zulaikha, tiga tahun.

 

Katanya, sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka berada di ruang tamu sebelum Sofina menangis meminta Nor Aina menyediakan nasi goreng.

LIHAT JUGA:  Tengku Sophia Tak Wujud? Atau Satu Konpirasi & Kekeliruan?

 

“Semasa di dapur, Sofina segera mendapatkannya dan memberitahu dik Na (Nor Aina) bahawa Syahmina tidur di ruang tamu.

 

“Dik Na kemudian keluar ke depan dan melihat Syahmina dalam keadaan tersembam dengan tangan kiri memegang wayar, sebelum pantas bertindak mengangkatnya yang sudah tidak bergerak,” katanya.

 

Ketika kejadian, ayah mangsa, Mohamad Hazim Akmal, 23, tiada di rumah dan ibu mangsa, Siti Mariam Idris, 23, masih belajar di sebuah kolej swasta di Pulau Pinang.

 

 

[ sumber via Sinar Harian ]

(Visited 95 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Al Fatihah. Sedih kemalangan seperti ini berlaku. Allah Maha Penyayangi.

  2. Yan says:

    Perlu jadikannya sebagai satu pengajaran.

  3. hafizaiman95 @ fizs says:

    malang tidak berbau.. kecil lagi allah telah ambil nyawanya.. sebab itulah pentingnya penjagaan keselamatan di rumah.. budak kecil ni bukan tahu apa-apa..

  4. Syahir Aiman says:

    kena hati2 lain kali


LIKE KAMI DI FACEBOOK