Apr 192012
 

Bagi siapa-siapa yang guna GPS mahupun handphone atau kedua-duanya sekali, silalah berwaspada. Sekarang ni manusia makin bijak nak mencuri. Salah satu caranya boleh baca di bawah.

 

taktik pencuri curi guna GPS telefon bimbit

 

Harap dapat disebarkan untuk keselamatan kita bersama!

 

GPS

Pada satu kejadian ni, terdapat sebuah kereta yang telah dipecah masuk semasa pemilik kereta menyaksikan perlawanan bola sepak. Kereta mereka diletakkan di atas tapak meletak kereta bersebelahan dengan stadium.

 

Barang yang hilang semasa kejadian tersebut adalah kunci pagar dan rumah, wang tunai dan sebuah GPS yang diletakkan pada papan pemuka (dashboard) kereta.

 

taktik curi guna gps

 

Apabila mangsa pulang ke rumah, mereka mendapati rumah mereka seperti digeledah dan kebanyakan barang berharga telah dicuri.

 

Sebenarnya, pencuri telah menggunakan GPS untuk mencari rumah mangsa.  Mereka kemudian menggunakan kunci pagar dan rumah untuk memecah masuk ke dalam rumah tersebut. Pencuri tersebut tahu bahawa mangsa sedang menonton perlawanan bola sepak, dan mereka tahu bila perlawanan bola sepak tersebut akan tamat jadi mereka tahu masa yang sesuai untuk cabut lari selepas mencuri barang-barang di rumah mangsa. Berkemungkinan pencuri telah membawa lori untuk mengangkut barang curi dari rumah mangsa.

 

Amat penting di sini bagi sesiapa yang mempunyai GPS supaya TIDAK MENYIMPAN ALAMAT RUMAH dalam GPS tersebut. Cukup sekadar menggunakan alamat stesen minyak atau bangunan yang berhampiran. Jadi, anda masih boleh pulang ke rumah dan tiada siapa akan tahu di mana rumah anda jika GPS tersebut di curi.

LIHAT JUGA:  Banduan Seludup Handphone Dalam Dubur Kantoi Lepas Berdering

 

 

Telefon Bimbit

Seorang wanita telah bertekad untuk menukar cara dia menyimpan nombor telefon selepas mengalami kejadian yang amat malang ini.

 

Pada suatu hari, beg tangan mangsa yang mengandungi telefon bimbit, kad kredit, dompet dan lain-lain telah hilang setelah dicuri.

 

20 minit kemudian, mangsa menelefon suaminya untuk meminta pertolongan. Tapi alangkah terkejutnya beliau apabila suami dikatakan telah mendapat SMS dari mangsa sendiri yang menanyakan nombor PIN. Si suami pada ketika itu terus memberikan nombor PIN tanpa rasa syak wasangka.

taktik curi guna handphone

 

Apabila mereka berkejar ke bank yang berkenaan, pekerja bank tersebut memberitahu mereka bahawa kesemua wang dalam akaun mereka telah dikeluarkan.

 

 

Pengajarannya di sini:

1. Jangan dedahkan perhubungan anda dan orang tersayang dalam contact list telefon bimbit. Contohnya untuk suami pergi letak ‘Abang sayang’ atau untuk isteri letak ‘baby face’.. Cukup sekadar letak nama biasa seperti contact list yang lain.

 

2. Dan yang penting, kalau dapat SMS mintak maklumat yang sensitif, tolong confirmkan dulu dengan menelefon nombor tersebut. Kalau dia tak layan, so anda pun tak perlulah layan.

 

3. Juga, kalau dapat SMS dari kawan atau keluarga untuk berjumpa diorang, pastikan anda hubungi untuk pastikan betul ke diorang yang ajak. Kalau tak, jaga-jagalah ke tempat yang dijanjikan untuk berjumpa ‘kawan atau keluarga’ yang sms anda.

 

Susunan FITRIHADI.COM

 

Semoga bermanfaat!

(Visited 62 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Pemilik kereta yang mempunyai GPS perlu lebih berhati-hati.

  2. eBaymoney makers says:

    wah..bahaya ni..kna lbh berhati2..


LIKE KAMI DI FACEBOOK