Apr 112012
 

Tahukah anda PTPTN telah lama mansuh pembayaran balik pinjaman untuk 11,764 peminjam graduan ijazah kelas pertama.

 

ptptn mansuh kecuali pinjaman pelajar ijazah kelas pertama

 

So, kalau nak dapatkan pendidikan tinggi secara percuma, silalah belajar rajin-rajin sampai dapat result gempak. Jangan nak bercinta je 4.0 flat tapi CGPA 0.4 flat. Tumpu kat study dulu, lepas kahwin baru bercinta puas-puas.

 

Pesanan untuk saya dan juga anda semua. Peace!

 

_ _ _ _ _ _  _

 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta.
Daripada jumlah itu seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan. 

 

Prestasi bayaran balik pinjaman pula, sehingga Disember tahun lalu daripada 887,376 peminjam yang patut membayar balik pinjaman membabitkan lebih RM5 bilion, seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion.

 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, berkata dakwaan pembangkang bahawa pinjaman PTPTN adalah bebanan terhadap mahasiswa adalah satu dakyah politik, namun tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.

LIHAT JUGA:  (2 Video) Perompak Remaja Bawah Umur Merompak Cyber Cafe

 

“Pengecualian bayaran ini dilakukan mengikut merit dan bukannya kuota. Pembangkang hanya bersifat politik dalam isu PTPTN dan ia mendapat perhatian bukannya disebabkan perkara ini dibangkitkan oleh mereka, sebaliknya kita sentiasa memberi perhatian berhubung isu ini.

 

“Cuma bila tiada isu maka pembangkang bangkitkan perkara ini bagi meraih sokongan pengundi muda serta meniup kebencian mereka terhadap kerajaan. Malah, jika kita teliti, dalam Buku Jingga tidak ada penghapusan PTPTN, cuma yang mereka katakan mahu mencari pendekatan lain bagi mengurangkan beban peminjam.

 

“Persoalannya jika pakatan mahu menghapuskan PTPTN bagaimana dengan 83 peratus peminjam yang sudah membayar balik pinjaman mereka, apakah pakatan mahu membayar balik bayaran mereka, kalau kita perhatikan hanya 17 peratus saja bermasalah dalam membayar balik pinjaman ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 

 

[ Berita via Berita Harian ]

_ _ _ _  _ _ __ _ _ _ _

 

Apa pendapat anda? Betul ke PTPTN membebankan pelajar?

 

Mungkin hanya membebankan untuk pelajar yang dapat result cukup makan kot. Yang result gempak, senyum je la korang.

(Visited 93 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Harap PTPTN tidak akan menambahkan syarat permohonan dan pembayaran balik kerana ada peminjam yang culas. Jadi tidak adil kalau pada masa akan datang anak-anak saya memerlukan pinjaman PTPN tidak dapat kerana akibat tindakan peminjam terdahulu.

    Saya juga pembayar cukai jadi berhak tahu duit ini digunakan tujuan pengajian dan dibayar balik.

  2. kyuubi says:

    duit kalau buat belajar x boleh lah kata beban. tapi kalau x guna utk study lepas tu result tak berapa ok lepas tu tak dapat kerja yg ok. memang lah payah nak bayar balik

  3. Amir Said says:

    Kalau xnak bayar balik pinjaman, kena la study betul2. jangan asyik nak main je.


LIKE KAMI DI FACEBOOK