Apr 052012
 

Siapa Effa Owona yang bermain sebagai striker Negeri Sembilan ni?

 

gambar info biodata Jean-Emmanuel Effa Owona

 

Untuk mengetahui siapa beliau, Jom baca info di bawah! 

 

  • Nama sebenar beliau ialah Jean-Emmanuel Effa Owona
  • Dilahirkan pada born 26 December 1983 di Cameroon
  • Pernah mewakili pasukan bola sepak Cameroon.
  • Sekarang beliau bermain sebagai penyerang untuk pasukan Negeri Sembilan.
  • Pernah dipinjamkan oleh kelab FC Metz dalam Liga Perancis sebelum berpindah ke Negeri Sembilan.
  • Mempunyai ketinggian 190cm dan berat lebih kurang 82kg.
  • Pada penampilan sulung dalam bola sepak Malaysia, beliau berjaya menjaringkan dua gol, sekali gus memberikan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan FA dalam final Piala Sumbangsih 2012.
  • Kemenangan tersebut adalah kemenangan pertama Negeri Sembilan dalam kejohanan Piala Sumbangsih sejak 1985.

 

 

Kredibiliti beliau tercalar apabila dituduh mengasari beberapa pemain lawan baru-baru ini:

 

Penyerang import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona didenda RM3,000 dan digantung dua perlawanan dalam aksi Liga Malaysia kerana didapati bersalah atas dua dakwaan ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 21 Januari lalu.

“Owona didapati bersalah kerana didapati menarik telinga penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad dan menolak pipi seorang lagi pemain lawan, S. Sivanesan.

“Satu lagi tuduhan menampar belakang kepala Hardi Jaafar begitupun digugurkan kerana kekurangan bukti, dan hukuman itu berkuat kuasa serta-merta,” kata Datuk Mohd. Taufik Abdul Razak (Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM). – Kosmo

 

 

[ Info via wikipedia, kosmo ]

Comments

  1. bobby says:

    alalalala, manjanya… sakit yer kena tarik tlinga…hehe