Apr 202012
 

Tadi dalam fan page, aku ada share gambar Proton Preve yang kemalangan. Tapi apa puncanya? Itu yang buat aku tertanya-tanya tu. Setelah diselidik, inilah yang aku jumpa.

 

gambar punca proton preve kemalangan

 

Kejadian berlaku di leburaya DUKE, susur keluar ke Sentul.

 

Menurut sumber yang dipercayai, kereta Proton Preve ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 km/h namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung. Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah.

 

Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Pr0ton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

 

Lagi gambar kemalangan di bawah! 

 

 

gambar punca proton preve kemalangan
gambar punca proton preve kemalangan

 

 

 

gambar punca proton preve kemalangan

 

 

_ _ _ _  _ _ _ _

So tak perlu risau. Bukan sebab kelemahan bahagian badan kereta tersebut. Tapi sebab terhempas kuat. Mana-mana kereta pun lingkup kalau camtu. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Mr. Deen says:

    Showroom car… memang logik kalau patah sana sini sebab ramai orang jakun gatal tangan nak test ‘kekuatan’ Preve. Panel dashboard patah sebab ada hamba Allah ingat itu adalah butang airbag yang tersekat dan tak berfungsi. Kononnya button jam, jadi dorang pun pi tekan kaw-kaw sampai patah. Hakikatnya itu hanyalah lampu indicator sahaja dan suis air bag sebenarnya ada di dalam glove box. Saya takkan benarkan manusia bersifat sebegitu berada di dalam Peugeot saya. Isu spot welding? Hey… kereta ni 5 STAR NCAP. Apa yang nak dirisaukan? Tak de spot welding pun tapi kalau NCAP tak ada bintang pun apa gunanya. Good job Proton.