Apr 042012
 

Bagaimana caranya nak kesan kedai makan yang guna pelaris syirik?

Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

LIHAT JUGA:  (Tips) Syarat 5K Memilih Jodoh Dari Rasulullah SAW

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Sebarkan! Semoga bermanfaat…

(Visited 515 times, 1 visits today)

Comments

  1. DaHLia says:

    nanti nak cuba praktikkan lah :D

  2. Amirez says:

    boleh try nanti. amalan 3 Qul tu memang bagus diamalkan

  3. akubiomed says:

    Nanti boleh dicuba dipraktikkan. Walaupun zaman moden masih ada peniaga yang mengamalkan pelaris dengan ilmu hitam.

  4. syahjehan78 says:

    macam menakutkan plak bila muka kita kena hembus balikk.. eee..tatott.. anyway, macih sharing d info. sungguh bergunaa

  5. kyuubi says:

    dah zaman modern pun masih nak pakai benda2 jin ke nak lariskan business? Hmm.. manusia…

  6. hasrol says:

    memang betul pun. tapi nak buat apa, kita nak cari rezeki secara halal, bukan haram maca ni

  7. cik wani says:

    thanks for the info :D boleh try lepas ni :)

  8. hafizaiman95 @ fizs says:

    mesti kena cuba ni.. takut jugak kalau makan di kedai yang menggunakan ilmu sihir niyh..

  9. kodinz says:

    info yg bagus bro. bleh la klu nak cuba lepas nih

  10. anem says:

    pernah dgar..tp kdg2 lupa nak buat cam2..

  11. Nadzrin says:

    tgk la keadaan..org ble jin ni kne ikut pantang larang jin tersebut…dan ble mengharapkan rezeki dari jin trsebut bru dikira shirik…sbb rezeki dtg dr Allah kn….x salah mintak tlg pada makhluk…asalkan asas keIslam kita x terbantut….cth kita tiap2 pg lepas subuh kita berdoa mintak pd Allah luaskan dan murahkan rezeki…..lepas tu kita nk sarapan…pergila kekedai mamak cth nya…nk mkn roti canai…kita mintak pada mamak tu ke atau kita mintak pada Allah…?…msti la pd mamak tu kan..?..marah x klu kita mintak pd mamak tu watkn kita roti satu, pastu dia kata dey, napa minta mada saya…?..minta la pd Allah….msti la kite mrh kan…tp nk knape nk marah kate Allah yg bg rezeki…see….the thing is….ALLAH xkan turun ke bumi…ketuk pintu rumah masing2 kate nah rezeki kau tuk hari ini………no…..sedangkan Allah sendiri berurusan dengan Nabi Muhammad melalui malaikat jibril….ap tah lg kita manusia biasa….malaikat makhluk, mamak makhluk….kne phm mksud syirik tu…

    1. angah says:

      masalahnya memang salah kalau kita minta tolong dengan makhluk.leh paham x maksud ‘minta tolong pada makhluk’ nih?kalau kau fahamla..ape kena mengena dengan mamak lak.itu dah memang kita tahu x salah..yg di maksudkan disini ialah bila berususan dengan makhluk untuk mendapatkan sedikit keuntungan…pelaris cara islam pon ada,tp disini ditekankan ‘khadam.’faham ke maksud khadam tuh??buka kamus balik k.benda kalau dah salah tetap salah.iblis nih bukan otak cap ayam cam kau.yang alim,di buat cara cm nih,yang kurang alim dia buat cara cm tuh,yg x brapa langsung iman,dia buat cara lain.so pikir2lah..sebab aku baca statement ko berulang kali tuh,leh menimbulkan kekeliruan pada org yang benar2 nak mencari ilmu.so hati2 sket…anyway…kau tuh yg kena paham lebih skit apa itu syirik.:))

      1. Nadzrin says:

        brooo…mamak tu contoh ak bg toksah lah over react…ak terangkan je x salah mintak tlg pd makhluk asalkn x pegangan Islam kita tu x terbantut..stiap hari ko dapat rezeki in the end ko ucapkan alhamdulillah jgak bab smua rzeki dtg dr Allah kan…?…ak paham maksud syirik trima kasih sbb bg pendapat…orang kata salah minta pd makhluk tp sedar x doa yg kita sebut2 stiap hari tu malaikat yg bawa kepada Allah..?..ingt doa kita tu direct ke sampai pd Allah..?…lain la klu kita nabi Musa A.S…malaikat tu ap..?..makhluk la yg tlg hanta doa kita tu…ble doa kita dimakbul kita ucap alhamdulillah pd Allah juga…one more thing la…cara ko komen pendapat org nie nmpk sgt ko xdak otak…so in the end….fuck you..

        1. hadinata says:

          Pahamkan konsep tauhid dan hakikat syirik dulu bro. Jangan nak maki maki pulak. Pada dasarnya, kalau pun kau mintak tolong sama makhluk EVEN in the rightful premise, kalau iktikad lari, pun sama jugak.. Ini orang cakap pasal kedai yang pakai khadam pelaris. Ada kat tempat aku (kota singa) orang sampai kadam pontianak la apa la buat jual nasi lemak.. Kau nak makan ke tu macam ?? pada aku tak guna laris cara mcm tu. Mudah mudahan kita semua jangan sampai mcm nie. Insya Allah amin..Yang kau bahaskan tu adalah perantaraan malaikat. Tu lain lagi ceritanya.

        2. joey says:

          Nadzrin2. Dah keluar aqidah dia ni. Tulah masa sekolah rendah agama time belajar basic2 dulu main. Ustaz mengajar main kacau org, kan dah jadi jahil mcm ni. Nak tanya la yg pasal malaikat tu. Yg kau maksudkan minta tlg kpd makhluk lain tu siapa malaikat ke, jin baik ke, siapa yg kau maksudkan ni?. Aishhh rosak2. Belajar baik2 balik bab aqidah jgnlah songsang k adik oiii. Kalau malaikat kau ckp nk mintak tolong kau siapa?, ada mukjizat seperti Rasullullah S.A.W?. Adeh. Islam ada caranya untuk membuka rezeki kita. Banyak sgt. Membuat amalan soleh, berdoa, al-quran dan hadis sendiri ada panduan utk membuka pintu rezeki. Islam mudah bkn menyusahkan umatnya. Dik yg adik ckp pasal roti canai tu. Mmg la nk mkn kena pergi kdai mamak, order kat dia baru dpt makanan. Berdoa kpd Allah roti canai tu xde depan mata. Tp kalau kau percaya mamak tu yg bg ko mkn, berdosa besar kau. Ikatan hati kita kena kuat, kau kena tahu yg kau order tu sebagai ikhtiar dan asbab roti canai tu ada depan mata. tp rezeki yg dtg tu 100% dtgnya dari Allah!!! Misal kata kau sakit la. kalau sakit mkn ubat, doktor rawat kau. kau sihat. so kau nak ckp doktor dan ubat tu sihatkan kau?. xboleh der itu semua sebgai asbab hasil dari usaha/ikhtiar kau utk sihat. tp semua tu dtgnya dari Allah! Makhluk yg kau minta tlg(doktor) tu sebagai asbab kau sihat. doktor seorang manusia. manusia sifatnya pelupa dan lemah. tp dlm kes ni utk melariskan kdai mkn kau, kau gunakan mungkin jin baik ke jahat ke xtahu lah, tp bila kau dah meletakkan kepercayaan kau kpd 100% kpd bnda2 tu semua, aqidah kau dh songsang bro. Rezeki dtgnya dari Allah bkn dr khadam tu ke, mamak tu ke, doktor tu ke, walau sesiapa pun. yg kita boleh buat cuma berikhtiar dan usaha sebagai asbab. percaya bnda2 ghaib satu kewajipan. beriman kpd qada/ dan qadar jga wajib. dua bnda ni x boleh dipisahkan. Ikhtiar yg terlalu taksub kpd bnda2 tahyul boleh songsang dan sesat jadinya. Kalau nk laris, boleh je guna manusia pekerja duduk dpan kdai paggil pelanggan dgn cara yg betul, kenapa perlu buat perjanjian dgn makhluk lain der. kalau manusia x mampu buat lah robot ke apa jadah teknologi utk tarik pelanggan asal x lari dari aqidah Islam. Tp robot tu sbgai asbab jugalah. apa2 pun yg mendapatkan dan memberi rezeki tetap Allah S.A.W! Yg penting ikhtiar ke arah yg betul, bkn berikhtiar ke arah luar dari pegangan Islam itu sendiri. WALLAHU A’LAM.

    2. Shah says:

      Salah k..kite permudahkan keliruan ni k..

      1st kite perlu igt : Allah maha mengetahui sme ada zahir atau batin, Allah Maha berkuasa, Maha kaya, tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai..

      2nd : malaikat hanya buat keje ap yg dtugaskan shaja..

      ksimpulannya, salah kite mminta ssuatu drpd makhluk..sdangkan mmg dh trtulis dlm al-quran, berdoa lah klu kite prlukn prtolongan, Doa kite akan sampai DIRECT kepada Allah s.w.t…

      sorry, aku malas nk jelaskan full, sbb aku pn dh lupa sjarah para nabi..
      Just faham konsep, korang akan faham everything..
      igt, jgn slah buat..kdang2 kite rse btul tpi bnde tu salah..k
      jgn brpusing hati..

  12. Azizi says:

    Assalamualaikum wahai en nadzrin..

    Fuck you xdiajar dalam Islam.. Sila paham pengertian syirik.. berkawan dengan jin pun Allah xbagi, apatah lagi bela..Kita hidup sebagi Islam ngan sunnah Rasulullah..ada x Rasulullah bela jin atau malaikat Jibril ke dsb?? Maksud dlm artikel tu, “mohon dengan jin untuk dapat rezeki..” “sedangkan Allah sendiri berurusan dengan Nabi Muhammad melalui malaikat jibril….ap tah lg kita manusia biasa….” —>> Jangan samakan Allah ngan manusia..

    Saya seriusly xfaham kenapa en nadzrin kluar ayat2 yg macam tu.. Maafla kalau saya katakan yg en nadzrin perlu berhati2 dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.. silap2 berdosa.. Wallahualam..

  13. APAN says:

    buat pengetahuan tuan blog…aku ada kongsikan entri ni dalam blog aku. terima kasih ye… :)

  14. cikgu azim says:

    nauzubillah min zaalik

  15. aries says:

    sbnarnye klu kita nak tau sesuatu pekara tu senang…ikut sunah nabi,amalkan sunnah wljmaah,ape nabi x buat tok sah lah nak buat nak lagi brkaitan guna2 makluk ni,cara korang bg pandapat
    pon dah carut mencarut nmpak sngat setan dah bjaya laga2kan kita pasal pkara,so nk cr satu jawapan tu kne bebas dari ego,klu cam ni smpai bile2 x bis,cube bayangkan klu bakal2 ustaz sume prangai cam ni,nt jd ulamak lagi hancus la umat muhammad,blum nk mngadap dajal g..so meh salam2 laga pipi ..alhamdulillah ok skang mne ragu2 g cr ilmu tntang ni wasalammm

  16. […] no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih. Sumber: Fitrihadi.com Cancel […]

  17. […] ini akan berkongsi tentang rahsia dan kelebihan ayat Kursi. Dahulu kami ada berkongsi cara kesan kedai makan yang menggunakan pelaris atau khadam yang mana bacaan ayat kursi digunakan untuk mengesan jin pelaris […]

  18. Walaupun saya agak kurang arif mengenai hal nie… tapi artikel nih memberi imput baru kepada saya… terima kasih atas penulisan yg bermanfaat nie… teruskan berkarya.. :)

  19. […] BACA JUGA: Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK