Apr 262012
 

Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?

 

kubur atas kubah masjid nabawi

 

Berikut adalah perkongsian dari fan page Syahirul.com tentang isu ini: 

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.

 

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..

 

LIHAT JUGA:  (Artikel) Menghukum Isteri Cara Islam Atau Cara Syaitan?

 

 

Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. Wallahualam…

 

Di harap agar sesuatu perkara itu diselidik dahulu sebelum disebarkan.

(Visited 237 times, 2 visits today)

Comments

  1. sadiq says:

    zaman skrg susah betul..byk sgt informasi..dan mmg kenatapis dl..jgn percaya bulat2..

  2. Manan Qayyim says:

    Subahanallah…. sblm ni ade dengar juga citer pasal kubah ni….

    Baru tahu ia nya merupakan penipuan semata….

  3. Denaihati says:

    baru juga tahu cerita yg sebenarnya, sbb ramai juga ustaz2 yg bercerita mcm tu sebelum ni.

  4. hafizaiman95 @ fizs says:

    owh baru tahu itu hanyalah jendelaa.. dulu heboh jugak pasal kubur kat atas kubah ni..

  5. kodinz says:

    Begitu ghupernye. Sebelum ni banyak dengar kata benda kat atas kubah tu mayat orang nak mencuri. Sekarang baru tau yg sebenarnya

  6. agrayjackson says:

    subhanallah sekarang saya jadi tahu,,,,

  7. […] itu adalah jendela atau penutup kubah untuk membersihkan atap bagian dalam. (Lihat juga fitrihadi.com) &copy Copyright 2012, All rights Reserved. Written For: kangyosep.comFacebook (function(d, s, […]

  8. mady says:

    kalu jendela, tentu orang madinah tau dri dulu lg. xtimbul la kisah kuburan ni, atau adakah Imam Az-Zabidi org luar madinah yang x tau cerita sebenarnya. lg pula kenapa jendela ditutup sedemikian rupa. nmpk pelik


LIKE KAMI DI FACEBOOK