Mar 132012
 

Kasihan dan terkilan sangat-sangat. Itu yang aku rasa lepas tengok video susulan ibu lumpuh yang ditinggalkan. Bila terbongkarnya kisah sebenar, rasa kesian plak bila si anak ni kehilangan kerja disebabkan laporan akhbar yang berat sebelah.

 

Penderitaan yang ditanggung pemuda 27 tahun ini tiada siapa yang tahu. Dia hanya ada si ibu di sisi tatkala menghadapi kesusahan, tanpa bapa, tanpa sokongan saudara-mara. Apakah kita mampu menghadapi keadaan ini jika berada di tempat si dia?

 

susulan ibu lumpuh ditinggalkan

 

Apa yang dilakukan si anak (tinggalkan ibu di hotel) adalah alternatif yang terbaik sebab dia tak mampu nak jaga si ibu kerana dia sendiri pun sakit.

 

Bila dilaporkan di akhbar, ramai yang membuat spekulasi sendiri tanpa menunggu dan melihat keadaan dari kedua-dua belah pihak. Menambahkan lagi derita si mangsa yang tak bersalah. Sungguh aku terkilan dengan keadaan ni. Masa tu si anak ni tak dapat dihubungi. So tunggulah dulu sampai ada cerita dari kedua-dua belah pihak.

LIHAT JUGA:  (Berita) Kereta Perodua Viva Langgar Kapal Terbang

 

Dari situ aku lihat lahirnya ramai pencerca dan penghina di youtube, di blog, di facebook dan macam-macam lagi. Bila terbongkarnya kisah sebenar, ke mana perginya golongan-golongan ini? Tak nak tolong ke pemuda yang terhimpit dengan kesusahan hidup tu? Tolonglah beri dia kerja untuk sara dia dan ibu dia.

 

Apa pun, baguslah Harian Metro berjaya bongkarkan kisah sebenar. Jangan sekadar melaporkan separuh jalan je sampai jadi fitnah dan dosa.

 

Tonton kisah sebenarnya yang berlaku di bawah: 

 

 

 


 

 

Maaf kalau terkasar bahasa. Harap benda ni dapat jadi pengajaran kepada mana-mana pihak dan media massa agar lebih telus dan bukan sekadar mencari tajuk panas untuk melariskan jenama sendiri.

(Visited 46 times, 1 visits today)

Comments

  1. fina fento says:

    Nasib baik tak pernah ulas apa – apa pasal isu ni. Kalau tak berdosa je dok fitnah orang..

  2. bobby says:

    tu masyarakat kita la ni, suka menghukum org… sebenarnya ramai diantara kita ni boleh jadi hakim…haha.. sndri mau igt la…

  3. Kasihkan ibu says:

    Tapi kalau pada aku, aku nampak anak dia mcm kurang “jujur”..Sbg contoh, kenapa ditinggalkan ibu ko kt hotel?awat xserahkan ibu tu kt pusat jagaan kebajikan masyarakat?ko lepaskan tanggungkawap ko kt org ke?apasal x infom ke mak ko pkara tu? pastu yg aku pelik, cmne tmpt keje dia leh buang dia on the spot sedangkan akhbar x laporkan nama anak dia pon..pastu yg aku pelik sgt2, apasal bila otel call, dia x infom hotel psl hal tu? xcaya korg tgok rakaman yg mula2 tu..kan org hotel da call n dia cume jwp “ye ye ye” ..ntah aku xtuduh tp aku rasa something wrong somewhere..n anak dia ni pon jnis pndi “bercakap” nmpknya..Only Allah knows!

  4. Minah says:

    Salam, nak menyampuk sikit…apa2 pun alasannya, yg tinggalkan ibu kat hotel tu apsal? jgn nak bagi apa2 reason…kalau tak nak jaga, ckp terus terang and hantar kat rumah org tua, jgn nak bagi alasan sakit ker apa…pleaselah…kalau masa baby mak dia tinggalkan dia kat hotel atau tangga rumah org, amacam??? ingatlah sikit tu mak kita, bukan barang mainan nak tinggal2 kan aje…bila benda dah tersebar, baru cari alasan…for me, kalau melibatkan org tua ni, mmg i takkan setuju…ibu patut dijaga dgn baik…bukannya anak dia takde keje kan…skrg dibuang keje, hah nilah balasan tuhan…sendiri mau ingat ma…satu jer, cuba anak korang tinggalkan korang dah tua nanti? apa rasanya?! fikir2kan dan renung2kanlah. zassss.

  5. fyda says:

    There are 2 sides of a coin. Kena selidik dulu kedua2 buah cerita. Nah,sekarang dah diulaskan cerita dari anaknya pula. Dia sewakan hotel tu atas nama dia. Kalau dia nak lari,kalau dia sebijak dia bercakap,mesti dia tahu yang orang boleh track dia kan? Lagipon hotel tu dkat dgn tempat rawatan dan kecemasan. Tak semua orang nak letak orang tua dorang kat rumah tumpangan sebb mmg dah niat hati dorang nak jaga orang tua dorang. Jadi rumah orang2 tua ni dianggap taboo bagi dorang. Bukan senang nak jaga orang tua sendirian. Sedangkan kalau orang yang ramai adik beradik pon rasa susah nak jaga seorang ibu,apa lagi yang perlu menjaga seorang diri. Memang tanggungjawab kita menjaga orang tua kita walau sesusah mana pun. Dan pada pendapat saya,dia telah memikirkan apa yang terbaik buat ibunya. Tapi sekarang bila dah dibuang keje,pasti lebih susah buat diri dia bukan saja utk menjaga ibunya,malah dirinya sekalipun.
    Semua ini hanyalah pendapat saya. Apa2 pun,kita doakanlah yang terbaik buat mereka. kan doa yang baik itu lebih baik? :) semoga dia mendapat pekerjaan secepat mungkin dan dapat idea bagaimana nak menjaga ibunya dengan lebih baik. kita tengokkanlah nanti samaada dia bawa balik ibunya dari tempat sementara tu atau tidak.Dan jika tidak,semoga kita tidak terlalu cepat menghakimi. :)Saya minta maaf kiranya ada keterlanjuran kata.


LIKE KAMI DI FACEBOOK