Dalam beberapa bulan yang lepas, aku ada beli satu phone sebagai peganti sementara handphone Nokia E63 aku yang rosak iaitu Samsung Basic Phone.
Handphone ni aku just guna beberapa hari je. Charger pun tak sempat guna lagi which means bateri dia ‘dara’ lagi. Memang tahan lama bateri handphone ni.
Handphone Samsung Basic
Dah banyak bulan aku tak guna handphone ni. So untuk menghargai pembaca blog Fitrihadi.com, aku rasa nak hadiahkan handphone ni kepada salah seorang pembaca yang bertuah. Lagi baik dari terbiar camtu je. Kan…
Hanya ada 2 cara mudah je untuk join giveaway ni:
1. Kongsi entry ni dengan menekan butang share di bawah!
2. Tinggalkan komen dibawah mengatakan “Saya dah share dan join!“.
Itu je yang anda perlu buat untuk join giveaway ni. Tak perlu buat entry atau letak banner kat blog masing-masing. Jadi, siapa-siapa pun boleh join!
Hadiah adalah berupa sebuah handphone Samsung GT-E1080F. Pemilihan pemenang adalah random. Sebarang keputusan adalah muktamad!
Satu entry baru akan dipublish untuk pengumuman pemenang. Tiada pemberitahuan akan dihantar kepada pemenang. So kena peka dan follow setiap entry yang dikeluarkan lepas tarikh tu. Kalau tiada alamat atau tuntutan diterima dalam seminggu, then pemilihan kedua akan dibuat. Stay tuned!

Tarikh tutup adalah seminggu dari hari ini iaitu 22 Mac 2012 jam 11 Malam.
Terima kasih pada yang sudi join (^_^)
_ _ _ _ _ _ _
Untuk Januari lepas kami bagi pen drive, bulan ni handphone. Bulan depan siapa tahu mungkin boleh bagi benda yang lagi best :)


[...] Giveaway Handphone Samsung Basic Phone Thanks kepada yang sudi join giveaway ni. Walaupun tak ramai tapi bagus gak sebab senang sikit kerja aku nak pilih [...]