Mar 182012
 

Semalam ada kes kenderaan mewah iaitu Ferrari terbakar. Belum dapat dipastikan lagi apa puncanya.

 

Dan kebelakangan ni makin banyak kejadian kenderaan terbakar. Persoalannya Kenapa kenderaan mudah terbakar? Adakah disebabkan petrol? Atau ada sebab lain?

 

gambar sebab kenapa kereta mudah terbakar

 

 

Pihak Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) tampil berkongsi dalam facebook mereka dan memberikan 3 sebab utama kenapa kereta mudah terbakar:

 

1. Pertama… sebab overheating.

 

2. Kenderaan mudah terbakar selepas menuruni bukit atau tempat tinggi disebabkan tekanan udara.

 

3. Sebab pendawaian yang tidak betul. Kadang-kadang ada mekanik yang tak berbertauliah diberi kepercayan untuk membuat kerja-kerja pendawaian. Sebab tu banyak berlaku kejadian seperti ini. Pastikan periksa betul-betul air dalam kenderaan dan kalau boleh belajarlah cara-cara memadam kenderaan.

 

Pastikan dalam kereta sentiasa ada alat pemadam kebakaran. Ramai tak ambil peduli hal sebegini. Ia mungkin berguna. Kita tidak tahu bila akan berlaku situasi sebegini. Mungkin kepada kita atau mungkin kepada kenderaan yang lain!

LIHAT JUGA:  (Senarai) Nombor Telefon Kecemasan Jika Dalam Kesusahan

 

 

[ Info via Facebook JPJ ]

 

 

Semoga bermanfaat!

(Visited 158 times, 3 visits today)

Comments

  1. klcitizen says:

    wah tengok gambar tu pun dah menakutkan …

  2. redlomo says:

    mmg menakutkan..

  3. hafizaiman95 @ fizs says:

    turun bukit pun boleh sebabkan kebakaran?? takutnyerr..

  4. mujib says:

    perghh br nampak dpn mata kete berasap tetibe then ter bako dekat rnt machap


LIKE KAMI DI FACEBOOK